Nama   : Nurul Farriza Bt Mohammad 

Umur   : 20 Tahun

Ahli     : 2010

 

Latar Belakang

Puan Fariza merupakan anak kelahiran Kg. Bertam Baru. Beliau telah mendirikan rumah tangga selepas tamatnya SPM dan mempunyai seorang putera. Mendapat pendidikan awal di Sek.Keb.Bertam dan melanjutkan pelajaran sehingga ke SPM di SMK.Tg. Bendahara. Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Dengan minat yang ada untuk berniaga, beliau telah mengikuti kursus keusahawanan dan INTEL di Pusat Internet 1Malaysia Bertam untuk belajar cara-cara berniaga terutamanya untuk mempromosikan produk ke atas talian. Selain berniaga di atas talian, Puan Fariza mengusahakan perniagaan menjual burger yang bermula jam 3.00pm-11.00pm setiap hari. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau tidak mempunyai pendapatan bulanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Bertam, beliau kini telah dapat mempromosikan perniagaan beliau ke dalam social media seperti Facebook, Instagram dan Myshop @ Dashboard Komuniti. Selain mempromosikan barangan ke dalam Facebook dan myshop, beliau juga mempromosikan barangan tersebut ke dalam group Whatsapp Mesengger yang mana terdiri daripada rakan-rakan atau komuniti setempat dan komuniti kawasan berdekatan. Dengan rangkaian perniagaan tersebut, kini beliau memperoleh pendapatan yang dapat membantu suami dalam meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

 


 

Nama  : Noor Mera Bt Ibrahim

Umur  : 29 Tahun 

Ahli    : 2011
 

 

Latar Belakang

Puan Noor Mera merupakan anak kelahiran Merapoh. Beliau telah mendirikan rumah tangga selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perlancongan. Selepas mendirikan rumah tangga bersama Mohd Naqiuddin, beliau telah menetap di Kg. Bertam Baru dan dikurniakan 3 orang puteri. Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Dengan minat yang ada untuk berniaga dan mencari inisiatif untuk membantu suaminya dalam menambah ekonomi keluarga, beliau telah mengikuti kursus keusahawanan dan INTEL di Pusat Internet 1Malaysia Bertam untuk belajar cara-cara berniaga terutamanya untuk mempromosikan produk ke atas talian. Selain berniaga di atas talian, Puan Noor Mera  juga membuat jualan secara offline dan bekerja sebagai pembantu tukang masak di kantin sekolah berdekatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau tidak mempunyai pendapatan bulanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Bertam, beliau kini telah dapat mempromosikan perniagaan beliau ke dalam social media seperti Facebook,Whatsapp dan Myshop @ Dashboard Komuniti. Selain mempromosikan barangan ke dalam Facebook dan myshop, beliau juga mempromosikan barangan tersebut ke dalam group Whatsapp Mesengger yang mana terdiri daripada rakan-rakan atau komuniti setempat dan komuniti kawasan berdekatan. Dengan rangkaian perniagaan tersebut, kini beliau memperoleh pendapatan yang dapat membantu suami dalam meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

 


 

Nama : Hurin Sofiya Bt Jeffri

Umur : 12 Tahun

Ahli :  2016

 

Latar Belakang 

Hurin Sofiya atau lebih mesra dipanggil Sofiya  merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik-beradik. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Bapanya Jeffri Bin Wook yang berasal daripada Kota Bahru merupakan seorang kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM) bertugas di Kampung Bertam Baru. Manakala ibunya  Suzawahana Bt Ghazali berasal daripada Pasir Mas turut bersama suami berpindah ke Bertam dan menjadi suri rumah sepenuh masa.Sofiya merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas komputer demi mendapatkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan teknologi maklumat. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas atau latihan di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, pengetahuan Hurin Sofiya berkenaan dengan asas-asas komputer mahupun teknologi maklumat adalah kosong. Bermula daripada situ, Sofiya mula mengikuti kelas asas komputer yang diadakan. Dari segi pembelajaran pula, rujukan Sofiya hanya tertumpu pada buku teks dan pembelajaran di kelas sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beberapa kali mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Sofiya kini dapat menggunakan komputer dengan baik berbanding sebelum mengikuti kelas di PI1M. Selain itu, Sofiya juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran bagi mengulangkaji pelajaran. Sofiya juga dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan sumber rujukan internet. Tambahan lagi, Sofiya juga rajin mengikuti program yang diadakan di PI1M seperti kuiz, gotong-royong mahupun program Dashboard Komuniti.