Nama |
: Muhammad Nurfahmi Bin Nurnyoto |
Umur |
: 46 Tahun |
Ahli |
: 20 Disember 2016 |
Latar belakang
Fahmi merupakan pelajar tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli semenjak 2016. Seorang pelajar yang rajin mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bertam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya Fahmi langsung mempunyai pengetahuan tentang komputer dan juga tidak dapat menguasai penggunaan ICT dengan baik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Banyak perubahan yang ditunjukkan oleh Fahmi setelah mengikuti kelas asas komputer yang diadakan di Pusat Internet. Setelah mengikuti beberapa kelas, kini Fahmi sudah mahir mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam menggunakan komputer. Tambahan lagi tahap penguasaan Fahmi dalam ICT semakin bertambah.
Nama |
: Siti Faizal Binti Abdullah |
Umur |
: 31 Tahun |
Ahli |
: 10 Mei 2010 |
Latar belakang
Siti Faizal merupakan anak jati kelahiran Kg. Bertam Baru. Tinggal bersama keluarga dan masih belum berkahwin. Bekerja sebagai pembantu di Tabika Kemas Sri Bakawali Bertam Lama. Terlibat dalam perniagaan untuk mencari sumber pendapatan tambahan memandangkan jawatan sebagai pembantu tabika adalah kontrak dan tidak mempunyai gaji tetap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Membuat pesanan mengikut tempahan sahaja tanpa menyimpan stok yang lebih
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan, Siti Faizal telah Berjaya mempromosikan produk ke media sosial dalam liputan yang luas dan menyediakan stok yang lebih sebagai backup tempahan
Nama | : Nor Sahira Binti Mohd Rusan |
Umur | : 21 Tahun |
Ahli | : 25 Julai 2020 |
Latar belakang
Puan Nor Sahira atau dikenali dengan panggilan Ira berasal dari Kg Limau Kasturi dan menetap di Kampung Bertam Baru setelah berkahwin dengan pasangannya. Bermula dengan seorang surirumah sepenuh masa dan kini telah membuat perniagaan dengan mendaftar diri sebagai dropship Shopee
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mengeluarkan modal yang kecik untuk menyimpan stok barangan untuk tujuan promosi kepada kenalan terdekat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan, Ira sudah mula mahir menggunakan online sebagai medium untuk mempromosikan serta menerima tempahan daripada orang luar daripada Kampung Bertam dengan perkhidmatan COD barangan yang ditempah awal bagi mengelakkan pembeli tidak membayar tempahan yang dibuat.
Nama |
: Norma Binti Omar |
Umur |
: 61 Tahun |
Ahli |
: 06 Januari 2020 |
Latar belakang
Pn. Norma merupakan seorang isteri kepada pengusaha ternakan kambing En. Adnan. Menjadi usahawan online dan offline sebagai pekerjaan sampingan sambal membantu suami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat atau menggunakan perkhidmatan di pusat internet, beliau hanya menjual secara offline dengan meletakkan produk tersebut di kedai-kedai runcit sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Selain itu, beliau juga menggunakan platform Facebook, myshop @ Dashboard Komuniti dan juga Shopee.Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.
Nama | : Siti Rahmah Binti Hussin |
Umur | : 46 Tahun |
Ahli | : 13 Februari 2011 |
Latar belakang
Pn. Rahmah adalah usahawan Online dan Offline: Menjual Produk dari Terengganu (Kain Batik Terengganu, Celagi, Nisan).Pn Rahmah merupakan anak jati Kg. Bertam Baru. Beliau merupakan pembantu di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bertam Baru. Menjadi usahawan online dan offline sebagai pekerjaan sampingan memandangkan kerja sebagai pembantu PDK hanya separuh hari sahaja. Ibu kepada 5 Putera dan 1 Puteri ini mula bergiat dalam perniagaan semasa tercetusnya wabak Covid19 2020.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat atau menggunakan perkhidmatan di pusat internet, beliau hanya menjual secara offline kepada orang-orang terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Selain itu, beliau juga menggunakan platform Facebook, myshop @ Dashboard Komuniti dan juga Shopee.Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah