Nama:             Muhammmad Danish Aizat Bin Supian

Butiran Diri:  12Tahun, Lelaki, Sekolah Rendah Kebangsaan Bertam

Kisah Kejayaan:      

Setiap hari selepas waktu sekolah dan hujung minggu, Aizat akan ke Pusat Internet 1Malaysia Bertam untuk melayari internet bagi tujuan mendapatkan isi atau fakta semasa untuk membuat karangan bagi persiapan UPSR. Cuti hujung minggunya banyak menghabiskan masa di PI1M bagi aktiviti pembelajaran sendiri mahupun yang dijalankan oleh staf Pusat Internet 1Malaysia Bertam. Kebanyakan apa yang dipelajari di dalam kelas akan diulangkaji semula di Pusat Internet 1Malaysia Bertam dengan dibantu oleh Staff yang bertugas. Belajar secara online seperti Uniclip,Tutor Online dan mendapatkan bahan bacaan melalui internet. Hasil daripada Rujukan dan Pembelajaran secara tidak formal di Pusat Internet 1Malaysia Bertam ini, Muhammad Danish Aizat Bin Sufian di anugerahkan pelajar terbaik UPSR 2015 Sekolah Kebangsaan Bertam dengan mendapat keputusan 5A. Satu Kejayaan yang sangat membanggakan warga pendidik Sekolah Kebangsaan Bertam dan Penduduk Kampung disebabkan Aizat merupakan seorang sahaja pelajar yang mendapat keputusan 5A bagi UPSR 2015. Segalanya adalah bermula dengan menjadikan Pusat Internet 1Malaysia Bertam sebagai tempat kedua untuknya belajar dan mengulangkaji pelajaran selain sekolah dan banyak mendapat tunjuk ajar daripada staff PI1M Bertam.

 

Video Kisah Kejayaan:

Sila layari link berikut: http://bertam.pi1m.my/index.php/info-pi1m/galeri-video