Tahap Pendidikan di Kampung Bertam Baru merangkumi:
1) Pra Sekolah
2) Tabika KEMAS
3) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
4) Sekolah Rendah Kebangsaan Bertam (SKB)
♥TABIKA KEMAS
Pengenalan
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.
(Sumber: http://www.kemas.gov.my/)
TABIKA KEMAS SRI SEROJA, BERTAM BARU
Tabika KEMAS Sri Seroja telah di tubuhkan sejak tahun 1981. Tabika ini yang dahulunya di kenali dengan nama Tabika Kg. Bertam Baru. Bagi Ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka untuk belajar di awal usia, mereka akan menghantar anak-anak mereka ke Tabika Sri Seroja ini ataupun ke Pra Sekolah. Bilangan murid tabika ini sehingga hari ini adalah seramai 35 orang iaitu yang berumur dari 5 tahun ke 6 tahun sahaja. Seperti tabika KEMAS yang lain, Tabika KEMAS Sri Seroja juga mempunyai 2 orang pemaju atau di kenali sebagai cikgu tabika yang terdiri daripada penduduk tempatan yang berasal dari Kg. Bertam Baru. Pn. Norizan bt. Awang merupakan Pemaju Masyarakat atau Cikgu Tabika dan di bantu oleh Pembantu Pemaju Masyarakat atau Pembantu Cikgu Tabika iaitu Pn. Noor Asiah bt. Ab. Kadir.
♥ PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)
Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).
Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.
Objektif
- Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
- Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
- Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
- Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
- Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU
Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model
Aktiviti PDK
Konsep PDK 'One Stop Centre' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Peranan PDK "One Stop Centre":
PDKNet
PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.
Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.
Untuk capaian PDKNet, ianya boleh dilayari melalui laman web www.pdknet.com.my
(sumber:http://www.jkm.gov.my/ )
PDK BERTAM BARU
PDK Bertam Baru ditubuhkan pada tahun 2009. Lokasi PDK Bertam Baru terletak di dalam kawasan Kompleks Penggawa Daerah Bertam berdekatan dengan PI1M Bertam. Pelatih PDK Bertam Baru adalah seramai 21 orang yang terdiri daripada penduduk di Kg. Bertam Baru, Kg. Jerek, Kg. Limau Kasturi, Kg. Batu 11 dan Kg. Batu 12. Pelatih di PDK Bertam Baru di sediakan dengan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik kerana faktor jarak tempat tinggal sesetengah daripada mereka agak jauh dan ada di antara mereka tidak berupaya untuk bergerak dengan sempurna (OKU). Seperti PDK di tempat lain, PDK ini juga di lengkapi dengan peralatan untuk beriadah seperti papan gelongsor. Dengan kemudahan yang di sediakan seperti tandas dan bilik air, mereka akan di ajar cara-cara untuk membersihkan diri dengan sempurna seperti mana yang terdapat dalam modul pembelajaran mereka. PDK Bertam Baru di selia oleh Pn. Norazuani bt. Azman sebagai Penyelia dan di bantu oleh 2 orang Guru PDK iaitu Pn. Wan Norshida dan Pn. Siti Rahmah.
♥ SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM
Sejarah
Asal Usul Nama Sekolah
Pada asalnya nama sekolah ini ialah SEKOLAH MELAYU BERTAM. Namun demikian selepas zaman pemerintahan Jepun, nama sekolah ini telah ditukar kepada SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM, iaitu setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Nama sekolah ini dipilih berdasarkan kepada nama Kampung Bertam, di mana ianya berasal dari pohon yang dinamakan pohon bertam yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan ini.Di dalam sekitar 60-an, maka sekolah ini menggunakan nama SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM dan digunakan sehinggalah ke hari ini.
(Sumber: http://skbertamguamusang.blogspot.my/)