Tarikh |
: 15 September 2024 (Ahad) |
Masa |
: 11:00 pagi - 12:00 tengah hari |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sek.Rendah |
Tujuan
Untuk tebus baucer / membuat pembelian buku di portal DELIMa.
Aktiviti
Pelajar terlebih dahulu ke laman web portal DELIMa di https://delima.moe.gov.my. Kemudian log masuk menggunakan akaun MOE-DL (contohnya akaun yang berakhir dengan @moe-dl.edu.my). Setelah berjaya log masuk, cari tab atau menu yang berkaitan dengan pembelian buku atau bookstore. Biasanya, ada seksyen khusus yang menawarkan buku digital atau buku fizikal untuk dibeli. Klik pada buku yang ingin dibeli untuk melihat maklumat lanjut seperti harga, sinopsis, dan jenis buku (fizikal atau digital). Jika anda telah membuat pilihan, tekan butang tambah ke troli atau add to cart. Pilih kaedah pembayaran yang sesuai (seperti kad debit, kad kredit, atau kaedah lain yang diterima di portal). Selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima resit digital atau pengesahan pembelian. Pelajar perlu simpan resit ini sebagai rujukan.
Tarikh |
: 04 September 2024 (Rabu) |
Masa |
: 05:00 petang - 06:00 petang |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sek.Rendah |
Tujuan
Untuk membuat buku skrap menggunakan microsoft word dan secara manual.
Aktiviti
Permulaan kelas pelajar mencari bahan-bahan di web carian terlebih dahulu. Setelah lengkap bahan yang diperlukan pelajar membuka microsoft word dan menaip buku skrap bertemakan kemerdekaan 2024. Selain itu, pelajar juga belajar mengedit gambar menggunakan aplikasi web remove image background. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara untuk memasukkan imej ke dalam word dan juga menukar saiz imej dengan cara mudah dan cepat. Tambahan juga, pelajar dapat belajar menukar jenis-jenis tulisan beserta kesan khas kepada tulisan. Akhir sekali, pelajar juga belajar menyimpan buku skrap ke dalam pendrive untuk di print.
Tarikh |
: 07 Ogos 2024 (Rabu) |
Masa |
: 10:00 pagi - 11:00 pagi |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Belia |
Tujuan
Untuk membuat menu makanan menggunakan canva.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan log in ke akaun canva.com. Seterusnya, peserta membuat carian template menu dan memilih yang sesuai dengan perniagaan. Peserta juga menyesuaikan template dengan pilihan teks, warna, font dan juga gambar produk jualan. Setelah selesai memasukan kesemua elemen peserta menyimpan dan memuat turun reka bentuk menu makanan dengan format jpg. Selain itu, peserta juga mencetak dan berkongsi menu kumpulan perniagaan.
Tarikh |
: 16 Ogos 2024 (Jumaat) |
Masa |
: 03:00 petang - 04:00 petang |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sek.Rendah |
Tujuan
Untuk membuat simulasi ini sangat sesuai untuk pembelajaran konsep asas litar arus terus (DC) dan memberikan pengalaman praktikal dalam membina litar elektrik.
Aktiviti
Pelajar perlu akses laman simulasi dengan pergi ke laman web PhET Circuit Construction Kit: DC Pelajar akan melihat pelbagai komponen seperti bateri, perintang, mentol, wayar, dan suis. Klik pada mana-mana komponen yang anda ingin gunakan.Seterusnya,pelajar perlu seret dan lepaskan komponen yang dipilih ke dalam ruang kosong untuk memulakan binaan litar.Sambungkan wayar antara komponen seperti bateri dan perintang untuk mencipta litar lengkap.Pelajar mengaktifkan litar dengan menggunakan klik pada suis untuk membuka atau menutup litar. Perhatikan arus yang mengalir apabila litar ditutup.Simulasi akan memaparkan bagaimana komponen berfungsi. Anda boleh melihat bagaimana perubahan pada litar (seperti menambah lebih banyak perintang) mempengaruhi arus dan voltan.Ubah suai susunan komponen atau gantikan bateri/perintang untuk melihat pelbagai kesan terhadap prestasi litar.
Tarikh |
: 04 Ogos 2024 (Ahad) |
Masa |
: 11:00 pagi - 01.00 tengah hari |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Belia |
Tujuan
Untuk membuat sticker produk menggunakan canva.
Aktiviti
Peserta masuk ke akaun canva peserta di canva.com . Seterusnya, klik pada create a design dan pilih daripada template yang sedia ada.Tambah elemen reka bentuk yang berkaitan dengan produk.Menambah teks ke sticker dengan memilih daripada pelbagai jenis font dan gaya yang disediakan oleh Canva.Tambahkan warna dan latar belakang yang sesuai.Peserta memuat naik imej dari komputer dan memasukkan pada sticker.Pelajar menyimpan reka bentuk sticker dalam format yang sesuai, seperti PNG atau PDF.Setelah memuat turun peserta juga belajar mencetak stiker menggunakan kertas sticker untuk ditampal pada botol produk.