Tarikh |
: 10 Mei 2024 (Jumaat) |
Masa |
: 10:30 pagi - 12.30 tengah hari |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sekolah Menengah |
Tujuan
Tujuan kelas adalah membantu pelajar menyediakan kerja kursus Bahasa Arab menggunkan Microsoft Word.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai beberapa fungsi menu yang akan digunakan dalam microsoft word semasa menaip kerja kursus. Tambahan juga petugas menerangkan cara-cara untuk menukar tulisan rumi ke bahasa arab. Selain itu, pelajar dapat belajar untuk menyimpan dokumen yang telah siap ditaip ke dalam pendrive untuk dicetak.
Tarikh |
: 04 Mei 2024 (Sabtu) |
Masa |
: 11:00 pagi - 12.00 tengah hari |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas adalah membantu pelajar mengulangkaji subjek sains secara atas talian di kuiz wordwall.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai web wordwall. Kemudian pelajar diberi masa untuk memilih bab bagi subjek Sains mengikut tahun masing-masing dan juga tajuk yang telah dipelajari. Di samping itu, pelajar dapat menyemak markah yang diperolehi apabila selesai menjawab. Tambhan pula pelajar juga dapat membuat rujukan bagi soalan dengan membuat carian nota di google.
Tarikh |
: 18 April 2024 (Khamis) |
Masa |
: 04:00 petang - 05:00 petang |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas adalah membuat poster alam sekitar menggunakan powerpoint.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan pelajar mencari gambar mengikut tema poster di google. Seterusnya, pelajar mula menggunakan powerpoint bagi membuat poster dengan menggunakan beberapa fungsi di microsoft powerpoint seperti penggunaan tulisan, warna , dan juga bentuk. Seterusnya, pelajar belajar menyimpan poster yang telah disiapkan ke pendrive untuk di print.
Tarikh |
: 20 April 2024 (Sabtu) |
Masa |
: 12:00 tengah hari - 01.00 tengah hari |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas adalah memberi pendedahan asas mengenai kegunaan AI Bing dalam menghasilkan gambar yang lebih menarik dan real.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai AI Bing dalam menghasilkan gambar. Seterusnya, pelajar diminta untuk menghasilkan gambar dengan memasukkan deskripsi atau kata kunci, AI Bing akan mencoba memahami apa yang pelajar cari dan memberikan hasil gambar yang sesuai dengan permintaan pelajar.
Tarikh |
: 04 April 2024 (Khamis) |
Masa |
: 03:00 petang - 04:00 petang |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas adalah menghasilkan sampul duit raya menggunakan microsoft word.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas NADI. Seterusnya, petugas mengajarkan pelajar menggunakan menu shapes bagi membentuk bahagian sampul duit raya mengikut saiz yang diberikan. Seterusnya, petugas meminta pelajar untuk mencari gambar yang bertemakan hari raya yang sesuai untuk dihias pada sampul duit raya. Seterusnya, petugas mencetak sampul yang berjaya dibuat dan meminta pelajar untuk menggunting dan menampal sampul sehingga selesai.