Tarikh |
: 16 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa |
: 03:00 petang - 04:00 petang |
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas membuat daily planner menggunakan canva.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai fungsi canva sebagai satu platform yang membantu pelajar menyediakan perancangan aktiviti harian secara atas talian. Kelas diteruskan dengan meminta belajar untuk membuka web canva dan log masuk menggunakan emel. Kemudian dimulakan dengan memilih bahagian daily planner. Seterusnya, pelajar mula memilih design planner mengikut citarasa masing-masing. Kelas diteruskan lagi dengan pelajar mula memenuhi planner dengan kegiatan aktiviti seharian. Tambahan juga pelajar dapat mencantikan lagi daily planner dengan skema warna, gaya fon dan latar belakang mengukut kreativiti. Akhir kelas , pelajar belajar untuk menyimpan hasil kerja,belajar untuk berkongsi ke whatsapp dan juga memuat turun dalam bentuk jpg,pdf dan juga png.