Nama Siti Syafira Afrina Bt Mohd Azman  
Umur : 11 Tahun
Ahli : 24 Februari 2017

 

Latar belakang

Syafira merupakan pelajar tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam Baru. Syafira merupakan anak kepada pasangan Encik Azman B Yusof dan Puan Suriani Bt Had.Syafira merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik. Syafira dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru kerana ibu bapanya juga berasal dari kampung Bertam Baru.Bapanya bekerja sebagai buruh manakala ibunya suri rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan dan kemahiran ICT Syafira adalah sedikit kerana Syafira kurang mendapat pendedahan mengenai ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Syafira mula mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet setelah mendaftar ahli pada tahun 2017. Pengetahuan ICT Syafira semakin bertambah dan semakin mahir menggunakan komputer. Selain itu Syafira seorang yang rajin dan sangat aktif mengikuti kelas serta program Pusat Internet.

 

 

 

Nama : Siti Aminah bt Hamzah
Umur : 35 Tahun
Ahli : 07 Jun 2017

 

 

Latar belakang

Pn. Siti berasal dari Kg. Dalam Jelekang. Sudah berumah tangga dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Memulakan perniagaan dengan mengikuti kursus anjuran RISDA dalam menghasilkan sos pencicah keropok. Setelah berjinak-jinak dengan perniagaan, beliau mula menghasilkan produk lain untuk di pasarkan seperti kek pelbagai perisa, cheese tart dan yang terbaru adalah menampal manik di tudung dan juga baju. Selain berniaga secara online, beliau juga menyewa tapak di pasar pagi di Kg. Kemubu pada setiap pagi Jumaat dan pasar malam Kg. Jerek pada setiap hari Rabu setiap minggu bagi memperluaskan lagi pemasaran produknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan hasil jualan di sekitar kawasan rumah dan  kenalan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Pn. Siti telah di ajar untuk mempromosikan lagi produk beliau ke kawasan sekitar dan kampung sebelah.Beliau juga di beri tunjuk ajar dalam membuat kajian melalui sumber internet dalam mempelbagaikan lagi produk keluaran beliau seiring dengan permintaan pelanggan.Selain itu, beliau di ajar untuk sentiasa mengemas kini status di FB tempat atau produk yang mana pelanggan boleh ketahui setiap kali beliau berniaga. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM1000 sebulan mengikut permintaan pelanggan dan pendapatan daripada perniagaan sampingan yang di jalankan

 

 

Nama : Nur Fatin Dayana Bt Kamarudin 
Umur : 12 tahun
Ahli : 19 Mei 2016

 

Latar belakang

Fatin Dayana merupakan pelajar tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam Baru. Fatin merupakan anak kepada pasangan Encik Kamarudin Bin Samsuden dan Puan Hasni Falini Bt Nasir.Fatin merupakan anak sulong daripada 4 adik beradik. Fatin dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru kerana ibu bapanya juga berasal dari kampung Bertam Baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas atau latihan di Pusat Internet Bertam, Fatin hanya tahu sedikit pengetahuan asas berkenaan teknologi maklumat seperti melayari internet untuk menonton video di youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT di pusat internet Fatin mula mengenali komponen komputer dan juga fungsinya. Fatin juga berminat menggunakan aplikasi pembelajaran yang diperkenalakan oleh petugas pusat internet semasa kelas diadakan.Fatin juga akan menggunakan kemudahan internet untuk menjawab kuiz yang berkaitan dengan pelajarannya jika ada waktu terluang. Selain itu, Fatin juga mengisi masa dengan bermain permainan pendidikan yang boleh didapati di web-web pembelajaran.

 

 

Nama : Nurul Syafiqah Bt Ramly
Umur : 23 Tahun
Ahli : 23 November 2010

 

Latar belakang

Cik Norsyafikah merupakan anak ketiga dari 6 beradik. Merupakan anak kelahiran Jerek Baru. Merupakan seorang pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin dan membuat perniagaan kerja sambilan secara online dan offline. Perniagaan mereka jalankan mengikut masa dan tempat semasa mereka seperti ketika cuti belajar, mereka akan menjual di kampung dan jika dalam tempoh belajar,mereka akan menjual di kampus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelbagaikan cara promosi di laman sosial, pendapatan adalah terhad untuk pelanggan sekitar kampus dan kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Cik Norsyafikah telah dapat memperluaskan lagi produk ke kawasan luar.Beliau juga telah diperkenalkan ke dalam kumpulan whatsapp untuk menjual produk setempat. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.

 

 

Nama : Rokiah Bt Mat Min
Umur : 47 Tahun
Ahli : 15 Disember 2018

 

Latar belakang

Pn. Rokiah berasal dari Kg. Bertam Lama. Sudah berumah tangga dan mempunyai 6 orang putera. Memulakan perniagaan roti canai bersama suami En. Ilias bin Mohd Yusoff sejak 2010. Berbekalkan modal RM150.00 pada awalnya namun kini perniagaan beliau telah mendapat perhatian dari komuniti sehingga kini. Selain menjual di warung, beliau juga ada membuat perkhidmatan COD yang di bantu oleh suami dan anak-anak demi memenuhi permintaan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM60 sahaja sebulan hasil jualan di warung untuk pelanggan yang datang untuk mengopi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Pn. Rokiah telah di ajar untuk mempromosikan lagi produk beliau ke kawasan sekitar dan kampung sebelah.

Beliau juga di beri tunjuk ajar dalam membuat kajian melalui sumber internet dalam mempelbagaikan lagi produk keluaran beliau seiring dengan permintaan pelanggan. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM800 sebulan mengikut permintaan pelanggan dan pendapatan daripada perniagaan sampingan yang di jalankan.