Nama : Nurul Syafiqah Bt Ramly
Umur : 23 Tahun
Ahli : 23 November 2010

 

Latar belakang

Cik Norsyafikah merupakan anak ketiga dari 6 beradik. Merupakan anak kelahiran Jerek Baru. Merupakan seorang pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin dan membuat perniagaan kerja sambilan secara online dan offline. Perniagaan mereka jalankan mengikut masa dan tempat semasa mereka seperti ketika cuti belajar, mereka akan menjual di kampung dan jika dalam tempoh belajar,mereka akan menjual di kampus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelbagaikan cara promosi di laman sosial, pendapatan adalah terhad untuk pelanggan sekitar kampus dan kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Cik Norsyafikah telah dapat memperluaskan lagi produk ke kawasan luar.Beliau juga telah diperkenalkan ke dalam kumpulan whatsapp untuk menjual produk setempat. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.