Nama : Nur Fatin Dayana Bt Kamarudin 
Umur : 12 tahun
Ahli : 19 Mei 2016

 

Latar belakang

Fatin Dayana merupakan pelajar tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam Baru. Fatin merupakan anak kepada pasangan Encik Kamarudin Bin Samsuden dan Puan Hasni Falini Bt Nasir.Fatin merupakan anak sulong daripada 4 adik beradik. Fatin dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru kerana ibu bapanya juga berasal dari kampung Bertam Baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas atau latihan di Pusat Internet Bertam, Fatin hanya tahu sedikit pengetahuan asas berkenaan teknologi maklumat seperti melayari internet untuk menonton video di youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT di pusat internet Fatin mula mengenali komponen komputer dan juga fungsinya. Fatin juga berminat menggunakan aplikasi pembelajaran yang diperkenalakan oleh petugas pusat internet semasa kelas diadakan.Fatin juga akan menggunakan kemudahan internet untuk menjawab kuiz yang berkaitan dengan pelajarannya jika ada waktu terluang. Selain itu, Fatin juga mengisi masa dengan bermain permainan pendidikan yang boleh didapati di web-web pembelajaran.