Nama : Rokiah Bt Mat Min
Umur : 47 Tahun
Ahli : 15 Disember 2018

 

Latar belakang

Pn. Rokiah berasal dari Kg. Bertam Lama. Sudah berumah tangga dan mempunyai 6 orang putera. Memulakan perniagaan roti canai bersama suami En. Ilias bin Mohd Yusoff sejak 2010. Berbekalkan modal RM150.00 pada awalnya namun kini perniagaan beliau telah mendapat perhatian dari komuniti sehingga kini. Selain menjual di warung, beliau juga ada membuat perkhidmatan COD yang di bantu oleh suami dan anak-anak demi memenuhi permintaan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM60 sahaja sebulan hasil jualan di warung untuk pelanggan yang datang untuk mengopi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Pn. Rokiah telah di ajar untuk mempromosikan lagi produk beliau ke kawasan sekitar dan kampung sebelah.

Beliau juga di beri tunjuk ajar dalam membuat kajian melalui sumber internet dalam mempelbagaikan lagi produk keluaran beliau seiring dengan permintaan pelanggan. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM800 sebulan mengikut permintaan pelanggan dan pendapatan daripada perniagaan sampingan yang di jalankan.