Nama Siti Nur Zalia Ayuni Bt Mohd Sazali
Umur : 09 Tahun
Ahli : 08 November 2018

  

 

 

 

 

Latar belakang

Zalia merupakan pelajar tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli pada 05 November 2018. Seorang pelajar yang rajin mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bertam

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Zalia tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer dan juga tidak dapat menguasai penggunaan ICT dengan baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak perubahan yang ditunjukkan oleh Zalia setelah mengikuti kelas asas komputer yang diadakan di Pusat Internet. Setelah mengikuti beberapa kelas, kini Zalia sudah mahir mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam menggunakan komputer. Tambahan lagi tahap penguasaan Zalia dalam ICT semakin bertambah.

 

Nama : Muhammad Zulshahrill Ikwan Bin Zulkili
Umur : 17 Tahun
Ahli : 31 Oktober 2010

  

 

 

 

 

 

Latar belakang

Ikwan merupakan pelajar tingkatan 5 yang bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Bendahara. Dilahirkan dan dibesarkan di Kg Bertam Baru merupakan anak kepada En.Zulkifli dan Pn.Norizan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ikwan tidak memiliki pengetahuan yang banyak mengenai teknologi maklumat dan tidak mahir dalam penggunaan komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ikwan boleh menggunakan komputer dengan baik dan juga dapat menggunakan kemudahan internet dalam pembelajaran.

Nama : Afendi Bin Ahmad
Umur : 42  Tahun
Ahli : 11 Disember 2016

  

 

 

 

 

Latar belakang

En. Afendi b Ahmad merupakan anak jati Kg. Bertam Baru. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau bekerja sebagai pemandu pembantu mengambil dan menghantar pelatih PDK Bertam Baru ke pusat PDK yang terletak di Kg. Bertam Baru. Waktu bekerja beliau adalah seawal jam 7 pagi iaitu mengambil para pelatih yang tinggal di kampung-kampung berdekatan seperti Limau Kasturi dan Kg Sg. Serian. Dan pada jam 12 tengahari pula beliau akan menghantar para pelatih tersebut pulang ke rumah. Beliau hanya bekerja selama 4 hari semunggu sahaja iaitu Ahad sehingga Rabu. Oleh itu, beliau telah membuat perniagaan sampingan pada waktu petang sehingga malam dengan membuka kedai beger di hadapan kediamannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelbagaikan cara promosi di laman sosial, pendapatan adalah terhad untuk pelanggan sekitar kawasan perumahannya sahaja iaitu perumahan banjir Kg. Jambatan Bengkok

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke kawasan luar iaitu Kg Bertam Baru.Beliau juga telah diperkenalkan ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.

 

Nama : Suhaizai Binti Abu Samat
Umur : 29  Tahun
Ahli : 09 Julai 2017

  

 

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Suhaizai Binti Abu Samat berasal dari Terengganu dan menetap di Kampung Bertam Baru setelah berkahwin dengan pasangannya dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Puan Suhaizai juga merupakan usahawan bimbingan Risda dalam bidang jahitan. Beliau merupakan usahawan Jahitan (Baju Kurung, Baju Melayu ,Kurta,Baju Pengantin dan lain-lain).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Memperkenalkan atau memasarkan hasil jahitan kepada kenalan terdekat sahaja. Kaedah yang digunakan untuk mempromosikan dan mengambil tempahan hanya secara manual dan dalam skala kecil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan, Puan Suhaizai mula mahir menggunakan online sebagai medium untuk mempromosikan serta menerima tempahan daripada orang luar daripada Kampung Bertam. Hasil mengikuti kelas Puan Suhaizai juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan komputer lain. Selain itu, pendapatan dan jumlah pelanggan semakin bertambah.

Nama : Nur Aliya Syazwani Binti Shaharudin
Umur : 11 Tahun
Ahli : 15 September 2018

 

 

 

 

  

Latar belakang

Aliya merupakan pelajar tahun 5 yang bersekolah di SK.Bertam Baru. Dia merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Ibu Aliya merupakan penjual bahan basah di Kampung Bertam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aliya tidak memiliki pengetahuan asas mengenai teknologi maklumat dan dia tidak pernah menggunakan atau mengetahui kegunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aliya mula memahami kegunaan komputer dan boleh menggunakannya selepas mengikuti kelas yang diadakan. Selain itu, Aliya juga mula melayari internet bagi tujuan pembelajaran.