Nama : Afendi Bin Ahmad
Umur : 42  Tahun
Ahli : 11 Disember 2016

  

 

 

 

 

Latar belakang

En. Afendi b Ahmad merupakan anak jati Kg. Bertam Baru. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau bekerja sebagai pemandu pembantu mengambil dan menghantar pelatih PDK Bertam Baru ke pusat PDK yang terletak di Kg. Bertam Baru. Waktu bekerja beliau adalah seawal jam 7 pagi iaitu mengambil para pelatih yang tinggal di kampung-kampung berdekatan seperti Limau Kasturi dan Kg Sg. Serian. Dan pada jam 12 tengahari pula beliau akan menghantar para pelatih tersebut pulang ke rumah. Beliau hanya bekerja selama 4 hari semunggu sahaja iaitu Ahad sehingga Rabu. Oleh itu, beliau telah membuat perniagaan sampingan pada waktu petang sehingga malam dengan membuka kedai beger di hadapan kediamannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelbagaikan cara promosi di laman sosial, pendapatan adalah terhad untuk pelanggan sekitar kawasan perumahannya sahaja iaitu perumahan banjir Kg. Jambatan Bengkok

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke kawasan luar iaitu Kg Bertam Baru.Beliau juga telah diperkenalkan ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.