Nama Rosmaria Bt Ramli
Umur : 34 Tahun
Ahli : 01 Ogos 2019

 

Latar belakang

Puan Rosmaria berasal dari Kampung Pasir Tumboh Kelantan dan merupakan seorang surirumah dan dalam masa yang sama beliau menjual makanan kering iaitu keropok jejari dan Bepang mihun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas keusahawanan Puan Rosmaria tidak begitu mahir menggunakan medium online bagi memperkenalkan produk jualannya. Selain itu, Puan Rosmaria hanya menjual kepada penduduk kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau sudah mahir menggunakan online untuk memperluaskan lagi produk ke kawasan luar. Beliau menggunakan medium online seperti facebook,whatsapp,Instagram dan juga shopee untuk menjual produknya. Tempahah keropok jejari dan bepang bihun semakain mendapat sambutan daripada luar.Pendapatan hasil dari jualan juga semakin bertambah.