Nama : Suhaizai Binti Abu Samat
Umur : 29  Tahun
Ahli : 09 Julai 2017

  

 

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Suhaizai Binti Abu Samat berasal dari Terengganu dan menetap di Kampung Bertam Baru setelah berkahwin dengan pasangannya dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Puan Suhaizai juga merupakan usahawan bimbingan Risda dalam bidang jahitan. Beliau merupakan usahawan Jahitan (Baju Kurung, Baju Melayu ,Kurta,Baju Pengantin dan lain-lain).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Memperkenalkan atau memasarkan hasil jahitan kepada kenalan terdekat sahaja. Kaedah yang digunakan untuk mempromosikan dan mengambil tempahan hanya secara manual dan dalam skala kecil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan, Puan Suhaizai mula mahir menggunakan online sebagai medium untuk mempromosikan serta menerima tempahan daripada orang luar daripada Kampung Bertam. Hasil mengikuti kelas Puan Suhaizai juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan komputer lain. Selain itu, pendapatan dan jumlah pelanggan semakin bertambah.