Nama | : Muhamad Aqif Adli Bin Mohd Zulfadli |
Umur | : 11 Tahun |
Ahli | : 30 Mac 2017 |
Latar Belakang
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Bertam Aqif tidak begitu mahir menggunakan komputer dan hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas yang diadakan Aqif sudah bertambah mahir menggunakan komputer dan hanya memerlukan sedikit bimbingan daripada petugas. Kemahiran dalam menggunakan Microsoft office word,powerpoint semakin baik. Aqif juga mahir melayari internet dalam menyiapkan tugasan sekolah atau tugasan kelas komputer bersama petugas.
Nama | : Muhammad Kamil Zafran B Md Sahrizal |
Umur | : 10 Tahun |
Ahli | : 11 Ogos 2018 |
Latar belakang
Zafran merupakan pelajar darjah 4 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli semenjak 2018. Seorang yang sentiasa bersemangat dan rajin mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Bertam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Bertam Zafran tidak pandai untuk menggunakan internet dan juga komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penglibatan dengan kelas di PEDi Zafran berjaya menguasai pengetahuan ICT dan sentiasa menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan ilmu pengetahuan baru. Selain itu juga Zafran sangat aktif mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh PEDi Bertam.
Nama | : Siti Aishah bt Abdul Rasid |
Umur | : 30 Tahun |
Ahli | : 08 Mac 2021 |
Latar belakang
Pn. Aishah merupakan usahawan sambal lada dan sambal hitam bilis. Pn Aishah anak kelahiran Bertam Baru. Seorang surirumah tangga tinggal bersama ibu. Berpengalaman menjadi pembantu kedai makan dan pernah menyewa kedai untuk menjual masakan panas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mempelbagaikan cara promosi di laman sosial, pendapatan adalah terhad untuk pelanggan sekitar kampung sahaja. Produk beliau hanya di promosikan atau di letakkan di kedai atau warung kawasan kampung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke kawasan luar.Beliau juga telah diperkenalkan ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.
Nama | : Nurul Liyana Nabilah Bt Zulkifli |
Umur | : 19 Tahun |
Ahli | : 23 November 2010 |
Latar belakang
Cik Liyana merupakan agen dan dropship Produk Kecantikan (Birdnest Essence By Pna & Birdnest Facial Radiance) dan Makanan (Keropok Pedas Crunchy (KPC)Cik Liyana merupakan anak jati bertam baru. Seorang pelajar di Politeknik Kuala Krai. mempunyai minat dan latar belakang keluarga yang terlibat dengan perniagaan. Mula berniaga dengan menjadi agen dan dropship terutama dalam talian iaitu di platform facebook sejak 2 tahun yang lepas. Selain minat, ia boleh membantu beliau mencari duit tambahan untuk belajar dan ringankan beban keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tiada duit poket tambahan terutama untuk membeli keperluan diri sendiri. Bantuan kelaurga sepenuhnya untuk keperluan belajar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Komuniti Bertam, Cik Liyana telah dapat belajar untuk mencari peluang berniaga dengan mendaftar sebagai agen dan dropship tanpa mengeluarkan modal. Belajar memperluaskan lagi produk ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat dan rakan sekolah.
Nama | : Mohd Aiman Shah Bin Abdullah |
Umur | : 13 Tahun |
Ahli | : 12 Desimber 2012 |
Latar belakang
Aiman merupakan pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Bendahara. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli semenjak 2016. Seorang pendiam tetapi rajin mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Bertam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas komputer yang diadakan di pusat internet Aiman banyak tidak tahu tentang kegunaan komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Rajin mengikuti kelas komputer yang diadakan sangat membantu Aiman menambahkan pengetahuan baru tentang komputer dan meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer serta mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam proses pembelajaran yang memerlukan pelajar belajar secara online berikutan dengan pandemic covid 19 yang memerlukan pelajar belajar dari rumah.