Nama Siti Aishah bt Abdul Rasid
Umur : 30 Tahun
Ahli : 08 Mac 2021

  

 

 

 

 

Latar belakang

Pn. Aishah merupakan usahawan sambal lada dan sambal hitam bilis. Pn Aishah anak kelahiran Bertam Baru. Seorang surirumah tangga tinggal bersama ibu. Berpengalaman menjadi pembantu kedai makan dan pernah menyewa kedai untuk menjual masakan panas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelbagaikan cara promosi di laman sosial, pendapatan adalah terhad untuk pelanggan sekitar kampung sahaja. Produk beliau hanya di promosikan atau di letakkan di kedai atau warung kawasan kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke kawasan luar.Beliau juga telah diperkenalkan ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.