Nama : Siti Aminah bt Hamzah
Umur : 35 Tahun
Ahli : 07 Jun 2017

 

 

Latar belakang

Pn. Siti berasal dari Kg. Dalam Jelekang. Sudah berumah tangga dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Memulakan perniagaan dengan mengikuti kursus anjuran RISDA dalam menghasilkan sos pencicah keropok. Setelah berjinak-jinak dengan perniagaan, beliau mula menghasilkan produk lain untuk di pasarkan seperti kek pelbagai perisa, cheese tart dan yang terbaru adalah menampal manik di tudung dan juga baju. Selain berniaga secara online, beliau juga menyewa tapak di pasar pagi di Kg. Kemubu pada setiap pagi Jumaat dan pasar malam Kg. Jerek pada setiap hari Rabu setiap minggu bagi memperluaskan lagi pemasaran produknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan hasil jualan di sekitar kawasan rumah dan  kenalan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Pn. Siti telah di ajar untuk mempromosikan lagi produk beliau ke kawasan sekitar dan kampung sebelah.Beliau juga di beri tunjuk ajar dalam membuat kajian melalui sumber internet dalam mempelbagaikan lagi produk keluaran beliau seiring dengan permintaan pelanggan.Selain itu, beliau di ajar untuk sentiasa mengemas kini status di FB tempat atau produk yang mana pelanggan boleh ketahui setiap kali beliau berniaga. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM1000 sebulan mengikut permintaan pelanggan dan pendapatan daripada perniagaan sampingan yang di jalankan