Tarikh  : 26 April 2019 (Jumaat)
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta  : 8 Orang (Sek.Menengah & Sek. Rendah)

 

 

Tujuan

Kelas bersama 8 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar cara menggunakan Google Translate. Pelajar diminta untuk menterjemahkan sebuah cerita daripada key words with Peter and Jane.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan petugas memperkenalkan dan menerangkan kegunaan Google Translate kepada pelajar. Seterusnya,Petugas meminta pelajar untuk membuka Google Translate.Petugas meminta pelajar untuk menterjemah satu cerita pendek di dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh :04 April 2019 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tempat :Pusat Internet Bertam
Peserta :10 Orang (Tbk Sri Seroja)

 

Tujuan

Kelas bersama 10 orang pelajar Tabika Sri Seroja Bertam Baru bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai komponen komputer serta fungsinya. Selain itu pelajar juga diperkenalkan kepada penggunaan microsoft word.

Aktiviti

Aktiviti pertama ialah sesi berkenalan dengan pelajar. Seterusnya, Petugas menerangkan tujuan kelas diadakan. Seterusnya, petugas menunjukkan dan menerangkan komponen komputer kepada pelajar. Aktiviti selanjutnya, pelajar diajar untuk membuka microsoft word dan petugas meminta pelajar untuk menaip abjad , nombor dan juga nama penuh masing-masing.

Gambar Aktiviti

 

 

 

Tarikh : 22 Mac 2019 (Jumaat)
Masa

: 03:00 Petang - 04:00 Petang

Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 9 Orang ( Sek . Rendah)

 

 

Tujuan

Aktiviti bersama 9 orang pelajar sekolah rendah kali ini adalah menggunakan aplikasi pembelajaran iaitu Kahoot. Tujuan adalah untuk menjawab soalan mengenai Klik Dnegan Bijak.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada pengurus mengenai aplikasi Kahoot dan menerangkan cara bermain. Seterusnya, pelajar hendaklah memasukkan nama masing- masing sebelum memulakan permainan. Setelah semua nama tepapar di screen kahoot barulah pelajar boleh menjawab soalan yang diberikan. Pelajar dikehendaki menjawab sebanyak 30 soalan mengenai KDB. Markah diberikan mengikut ketepatan dan kepantasan menjawab.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 02 April 2019 (Selasa)
Masa : 11:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
Tempat  : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 8 Orang (Pelatih PDK Bertam)

 

 

Tujuan

Aktiviti bersama lapan orang pelatih Pdk Bertam kali ini adalah bertujuan untuk mewarna abjad menggunakan aplikasi ABCya.com. Menerusi aktiviti ini pelajar dapat mengenali abjad juga warna.

Aktiviti

Petugas memberitahu pelajar tujuan kelas diadakan.Kemudian petugas PI dibantu oleh petugas PDK membuka setiap PC dan juga membuka website ABCya kepada pelajar dan memilih permainan mewarna abjad. Seterusnya, Petugas meminta pelajar untuk mewarna kesemua abjad dengan menggunakan tool yang disediakan seperti berus cat, pemadam dan sebagainya.

Gambar Aktiviti

Tarikh  : 19 Mac 2019 (Selasa)
Masa   : 10:00 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Pdk Bertam Baru
Peserta  : 12 orang (Pelatih Pdk Bertam)

 

Tujuan

Kelas bersama pelatih pusat pemulihan dalam komuniti Bertam bertujuan untuk bersama-sama mereka membuat origami kipas dan juga mengulangkaji ABC dengan menyambung titik pada setiap huruf. Aktiviti kali ini disertai oleh 12 orang pelatih PDK Bertam.

Aktiviti

Aktiviti pertama petugas memberitahu tujuan aktiviti pada hari tersebut. Pengurus dibantu oleh petugas dan penyelia PDK Bertam menunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk membuat origami kipas. Kemudian pelatih diberi sehelai kertas dan meminta mereka untuk membuat sendiri kipas mengikut apa yang telah diajar. Aktiviti seterusnya, petugas meminta setiap pelatih pdk untuk menyambung titik pada huruf A hingga Z bagi membantu mereka untuk lebih ingat dan kenal setiap huruf.

Gambar Aktiviti