Tarikh  : 14 Jun 2019 (Jumaat)
Masa : 09:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 5 orang ( Sek.Rendah)

 

Tujuan 

Aktiviti bersama pelajar kali ini adalah bertujuan untuk memuat turun aplikasi Dashboard, memuat naik ucapan raya ke dalam mykomuniti, bermain puzzle online dan juga menggunakan aplikasi whatsapp web.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan mengarahkan pelajar untuk muat naik aplikasi Dashboard Komuniti pada handphone masing-masing. Kemudian pelajar diminta untuk memuat turun gambar dengan menggunakan whatsapp web dan disimpan ke dalam desktop. Seterusnya,pelajar diminta untuk mencipta ucapan hari raya untuk dimuat naik pada bahagian mykomuniti. Aktiviti seterusya, pelajar bermain puzzle online poster raya.

Gambar Aktiviti

Tarikh  : 01 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 11:00 pagi - 01:00 petang
Tempat : Pusat Internet bertam Baru
Peserta : 2 orang (Tingkatan 6)

 

 

Tujuan

Kelas diadakan bersama 2 orang pelajar tingkatan 6 untuk memberi penerangan cara untuk mencari maklumat dan juga membuat slaid pembentangan menggunakan microsoft powerpoint.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan kepada pelajar untuk mendapat maklumat sebelum mereka menyediakan slaid. Seterusnya, pelajar diajar untuk memasukkan maklumat yang diperolehi kedalam slaid. Setelah itu, pelajar diajar cara untuk menyimpan dokumen ke dalam fail mereka.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 04 Mei 2019 (Sabtu)
Masa : 11:00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 7 orang (Sek.Rendah & Sek.Menengah)

 

Tujuan 

Kelas diadakan kali adalah bertujuan untuk membuat poster Ramadhan secara online dengan menggunakan aplikasi designcap.com. Kelas disertai oleh 6 orang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan  petugas memberitahu tujuan kelas diadakan kepada pelajar.Petugas meminta pelajar pergi ke laman www.designcap.com.Petugas menerangkan cara untuk menggunakan aplikasi ini serta fungsi setiap tool yang ada.Pelajar diarahkan untuk menyiapkan poster Ramadhan dengan menggunakan aplikasi ini.Setelah selesai pelajar diminta untuk memuat naik poster mereka di bahagian Mykomuniti Dashboard.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 13 Mei 2019 (Isnin)
Masa : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 6 Orang (Pelatih Pdk)

 

 

Tujuan

Aktiviti bersama enam orang pelatih PDK Bertam adalah bermain online  jigsaw puzzle poster Ramadhan.

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan aktiviti yang akan diadakan.Kemudian,meminta setiap pelatih PDK untuk kedepan bagi menyusun puzzle yang bertemakan Ramadhan. Petugas mencatatkan masa setiap pelajar menyiapkan puzzle untuk mengetahui tahap kepantasan mereka menyelesaikan puzzle.

Gambar Aktiviti

 

 

 

Tarikh : 03 Mei 2019 ( Jumaat)
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 2 orang ( Sek.Rendah)

 

 

Tujuan 

Aktiviti disertai 2 orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan Proprofs bagi menjawab soalan kuiz berkenaan subjek yang diambil.

Aktiviti

Bermula dengan penerangan daripada petugas mengenai proprofs. Kemudian pelajar diberi pilihan untuk menjawab kuiz mengikut subjek yang mereka kehendaki. Pelajar diberi kebenaran untuk mendapatkan maklumat atau nota dengan google search bagi menjawab soalan yang sukar. Akhir sekali pelajar boleh menyemak dan menilai sendiri markah diperolehi dan juga mengulangkaji soaln yang salah.

Gambar Aktiviti