Tarikh : 14 Mac 2019 (Khamis)
Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam 
Peserta  : 10 Orang ( Tadika Sri Seroja)

 

 

Tujuan

Kelas bersama pelajar tabika Sri Seroja disertai oleh 10 orang pelajar bagi kumpulan pertama. Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai komponen komputer kepada pelajar dan membiasakan diri mereka dengan penggunaan komputer.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan pengenalan mengenai komponen komputer kepada pelajar dimana pengurus menunjukkan gambar setiap komponen komputer yang ada beserta nama dan meminta untuk pelajar menunjukkan serta menyebut nama komponen berkenaan. Seterusnya, petugas menunjukkan cara-cara betul untuk membuka komputer dan seterusnya petugas meminta pelajar untuk membuka komputer mengikut apa yang diajar. Setelah pelajar berjaya menghidupkan komputer petugas meminta pelajar untuk menaip abjab dari A hingga Z, menaip nombor 1-10 dan juga menaip nama penuh mereka.

Gambar Aktiviti

Tarikh  : 08 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 11:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta  : 3 Orang ( Sek.Rendah)

 

Tujuan

Kelas disertai oleh tiga orang belajar sekolah rendah yang ingin menyiapkan tugasan sekolah mereka. Tujuan kelas diadakan adalah untuk menggunakan Google Chrome bagi  mencari gambar pakaian tradisional bagi setiap kaum yang ada di Malaysia. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan petugas menerangkan cara untuk menggunakan Google Chrome bagi mendapatkan pakaian tradiosional.Kelas diteruskan dengan menerangkan cara untuk membuat folder/fail bagi menyimpan gambar yang dicari. Seterusnya, pelajar diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun ke dalam folder masing-masing.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh  : 21 Februari 2019 (Khamis)
 Masa : 09:30 pagi - 05:30 petang
Tempat : Bilik Belajar Pusat Internet Bertam
Peserta  : 1 Orang ( Wanita)

 

 

Tujuan

Kelas Keusahawanan dijalankan oleh pengurus Pusat Internet Bertam bersama seorang peniaga roti canai yang merupakan salah seorang usahawan pilihan pusat internet Bertam pada bulan Februari 2019. Tujuan kelas ini diadakan adalah kerana untuk memberi pendedahan kepada beliau untuk tentang kemahiran keusahawanan seperti memasarkan produk ke dalam talian, mencipta page facebook , instagram dan sebagainya.

Aktiviti

Kelas keusahawanan dimulakan dengan sedikit penerangan mengenai kelas untuk peniaga/usahawan dari pengurus Pusat Internet Bertam. Kelas diteruskan dengan meminta puan Rokiah untuk mencipta satu email khas untuk perniagaannya. Sesi seterusnya, pengurus meminta Pn Rokiah untuk mencipta satu page facebook khas untuk mengiklankan produknya kepada umum. Seterusnya, Pn Rokiah diajar untuk memuat naik gambar produknya daripada facebook ke dekstop pc untuk dimuatnaik ke dalam pages myshop dashboard komuniti. Pada sesi sebelah petang, Pn Rokiah diajar cara untuk membuat pengumuman di Dashboard Komuniti. Selain   itu, Pn Rokiah dikehendaki memasukan gambar produk kedalam myshop DK. Akhir sekali Pn Rokiah juga diajar untuk memuat naik kedainya ke dalam myplace DK.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 02 Mac 2019 (Sabtu)
Masa : 03:00 petang - 04:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam 
Peserta : 8 Orang (Sek.Rendah & Sek.Menengah)

 

Tujuan

Aktiviti minggu ini bertujuan untuk bersama pelajar melukis menggunakan paint. Aktiviti ini disertai oleh 7 orang peljar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah.

Aktiviti

Petugas meminta pelajar untuk membuka paint yang berada di setiap pc masing-masing dengan mencari pada ruangan menu. Kemudian petugas memberi masa untuk mereka mencari idea mengenai apa yang mereka ingin lukis. Seterusnya, petugas memberi mereka masa untuk melukis dengan menggunakan paint mengikut idea dan juga kreativiti masing-masing.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh   : 19 Februari 2019 (Selasa) 
Masa  : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat  : Pusat Internet Bertam
Peserta   : 9 Orang (Pelatih PDK Bertam)

 

 

Tujuan

Aktiviti kali ini bersama 9 orang pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bertam (PDK). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih mereka untuk lebih mengenali Huruf Hijahiyah.Aktiviti turut dibantu oleh petugas PDK sendiri.

Aktiviti

Petugas membuka aplikasi flash game untuk  permainan mengenal huruf Alif Ba Taa. Aktiviti diteruskan dengan menyuruh pelatih Pdk untuk menyebut dan menunjukkan huruf yang betul.

Gambar Aktiviti