Tarikh  : 16 Februari 2019 (Sabtu) 
Masa : 12:00 tengah hari - 01:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 5 Orang ( Sek.Rendah & Sek.Menengah)

 

 

Tujuan 

Kelas kali ini disertai oleh 5 orang pelajar yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan kelas diadakan adalah untuk melatih pelajar menggunakan microsoft publisher. Kelas microsoft publisher kali petugas menunjukkan cara untuk membuat kad jemputan. 

Aktiviti

Pertama sekali pelajar diberi penerangan mengenai microsoft publisher dan kegunaannya. Kemudian pelajar diarahkan untuk membuat kad jemputan dengan menggunakan reka bentuk yang telah disediakan di dalam Microsoft Publisher. Seterusnya, petugas menyarankan agar pelajar mencari bahan lain seperti gambar yang sesuai untuk diletakkan di dalam kad mereka. 

Gambar Aktivititi

 

 

Tarikh : 14 Februari 2019 (Khamis)
Masa : 04:00 petang - 05:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 4 Orang ( Sek. Rendah)

 

Tujuan 

Permainan kuiz matematik online disertai empat orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk pelajar menjawab soalan matematik di web mathplayground.com.

Aktiviti

Pelajar diminta untuk membuka web mathplayground.com bagi menjawab soalan matematik mengikut gred mereka. Seterusnya, petugas memilih satu permainan  untuk mereka bermain dan bertanding diantara mereka. 

Gambar Aktiviti

 

 Tarikh :11 Januari 2019 (Jumaat) 
 Masa : 03:00 petang - 06:00 petang
 Tempat : Pusat Internet Bertam Baru
 Peserta : 70 orang (Wanita & Belia)

 

Tujuan

Program Advokasi Pusat Internet Bertam disertai oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan wanita kampung Bertam Baru. Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan Pusat Internet Bertam Baru dan juga perkhidmatan yang disediakan. Program ini juga mempromosikan PI Bertam adalah wakil Kospen dan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat. Program ini juga bertujuan untuk mengadakan majlis bacaan Yassin bersama kumpulan wanita di kampung Bertam Baru.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pendaftaran dan pemberian goodies kepada pengunjung yang hadir. Seterusnya,majlis diteruskan dengan bacaan yassin. Setelah selesai bacaan Yassin, majlis menjemput para hadirin yang ingin mendapatkan pemeriksaan kesihatan sebelum menjamu selera. Ketika menjamu selera program diselangi dengan mengadakan kuiz spontan mengenai pusat internet Bertam. Aktiviti seterusnya ialah pertandingan menaip bagi kategori wanita dan juga warga emas. Pertandingan yang turut diadakan ialah pertandingan puzzle online bagi kategori beliawanis.Akhir sekali, majlis diteruskan dengan pembahagian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 24 Januari 2019 (Khamis) 
Masa : 02:45 petang - 03:45 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 6 orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Kelas kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara menggunakan google books. Selain itu,kelas ini bertujuan untuk mengajar mereka untuk mencari bahan atau maklumat mengenai mata pelajaran mereka supaya mereka boleh mencari sendiri maklumat pada masa akan datang.Kelas ini disertai oleh 6 orang pelajar sekolah rendah.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai google books kepada pelajar. Seterusnya, petugas memberi ruang kepada pelajar untuk menerokai google books dengan meminta mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai satu tajuk berkaitan dengan mata pelajaran yang diambil. 

Gambar Aktiviti

Tarikh : 03 Januari 2019 (Khamis) 
Masa : 03:30 petang - 04:30 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta  : 5 orang (Pelajar Sek.Rendah)

 

Tujuan

Kelas membuat dan mengedit jadual kelas disertai oleh lima orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar untuk menggunakan Microsoft Word bagi membuat jadual dan mengedit jadual waktu mereka untuk menjadi lebih menarik dengan memasukkan unsur-unsur grafik.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan membuka microsoft word dan memasukkan table untuk jadual waktu. Seterusnya, pelajar diberi masa untuk mereka menyiapkan jadual mereka dengan memasukkan segala maklumat mengenai mata pelajaran,waktu serta hari kelas mereka. Setelah semua pelajar melengkapkan jadual mereka, petugas meminta pelajar untuk mencatikkan jadual mereka dengan memasukkan gambar, mutiara kata dan memilih warna mengikut citarasa sendiri. Sebelum kelas berakhir pelajar diajar untuk menyimpan jadual mereka didalam folder dan juga ke dalam pendrive sebelum dicetak.

Gambar Aktiviti