Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet 2018

Tarikh : 15 Disember 2018 ( Sabtu)
Masa : 08:30 pagi - 02:00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Bertam Baru
Peserta : 126 orang


Tujuan

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Bertam dihadiri seramai 126 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, belia dan juga warga emas. Program ini juga turut disertai oleh wakil-wakil agensi seperti Kospen Lokaliti Bertam,Klinik Kesihatan Bertam Baru dan juga Panel kesihatan. Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan Pusat Internet dan memeperkenalkan Pusat Internet sebagai Pusat Pemeriksaan Percuma yang sah.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Aktiviti yang seterusnya ialah senamrobik bersama Team Aerobik Bertam Baru. Seterusnya, program diteruskan dengan Pemeriksaan Kesihatan oleh wakil Kospen Lokaliti Bertam Baru. Selain itu, bagi kanak-kanak pihak PI mengadakan pertandingan mewarna Poster Jom Sihat. Untuk wanita pula pertandingan penyediaan sarapan sihat berasaskan roti dimana permarkahan diberikan oleh Doktor Klinik Kesihatan Bertam Baru. Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat ringkas kesihatan oleh Doktor Bukhari Bin Baharum. Aktiviti seterusnya ialah, pameran dan kuiz spontan ibu hamil, kanak-kanak dan pesakit luar. Seterusnya, aktiviti sampingan ialah pendaftaran ahli Pusat Internet, Install Aplikasi, Puzzle online dan eksplorasi KDB, kahoot kesihatan dan juga cabutan bertuah. 

Gambar disini

Program Advokasi, Dashboard Komuniti & Explorasi Tempat Menarik Kampung Bertam Baru 2018

Tarikh : 24 November 2018 (Sabtu)
Masa : 08:00 pagi - 01:00 tengah hari 
Tempat : Tempat Menarik kampung Bertam Baru 
Peserta : 29 orang


Tujuan

Program ini disertai oleh 29 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk membawa pelajar mengenali tempat-tempat menarik yang ada di Bertam Baru disamping menggalakan gaya hiup sihat dengan berjalan kaki ke tempat-tempat berkenaan. 

Aktiviti 

Pengurus membahagikan peserta kepada tiga kumpulan di mana satu kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta.Pengurus memulakan aktiviti dengan mengadakan senaman memanaskan badan sebelum explorasi bermula.Explorasi dimulakan dengan berjalan kaki ke Taman Permainan dikehendaki menjawab teka silang kata KDB mengikut kumpulan masing-masing.Peserta bergerak ke destinasi kedua iaitu Stesen Keretapi Bertam Baru dan peserta dikehendaki menjawab kuiz Dashboard myshop mengenai produk tempatan.Destinasi yang ketiga ialah Tugu Pertahanan dan peserta dikehendaki menjawab soalan spontan mengenai pusat internet dan juga perkakasan komputer.Akhir sekali, peserta berjalan kaki balik semula ke Pusat Internet dan sebelum bersurai petugas menyediakan makanan kepada peserta.

 Gambar disini

 


Kuiz Matematik & Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)

 TARIKH  : 20 OKTOBER 2018 (SABTU)
 MASA : 03:00 PETANG - 04:00 PETANG
 TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM 
 PESERTA  : 4 ORANG

 

TUJUAN

Kuiz Matematik dan Bahasa Inggeris ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Rendah. Aktiviti kali ini petugas meminta pelajar untuk menjawab kuiz Matematik dan Bahasa Inggeris di dalam ABCya.com. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar mengulangkaji pelajaran.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas mengarahkan pelajar untuk membuka aplikasi ABCya .15 minit pertama petugas mengarahkan pelajar untuk mencari dan berlatih kuiz matematik tahap 4 yang merangkumi operasi tambah,tolak,darad dan bahagi.Seterusnya,15 minit kedua pelajar dikehendaki mencari kuiz Bahasa Inggeris dan berlatih untuk menjawab.Seterusnya pelajar dikehendaki menjawab kuiz dan bertanding antara mereka mengikut masa yang ditetapkan.

GAMBAR DI SINI

 


 

Pertandingan Word Search (KBD),Puzzle Mobile (E-Waste),Dashboard Komuniti (myShop) & Rapid Typing (Sek.Rendah & Sek.Menengah)

TARIKH  05 NOVEMBER 2018 ( ISNIN)
MASA  10:OO PAGI - 12:00 TENGAH HARI
TEMPAT BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA  : 15 ORANG 

 

TUJUAN 

Pertandingan word search (KDB),puzzle mobile (e-waste), dashboard (myshop) & rapid typing disertai oleh 15 orang pelajar iaitu 13 orang terdiri dari  pelajar sekolah rendah dan 2 orang terdiri dari pelajar sekolah menengah. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk mengalakkan pelajar untuk menjawab soalan mengenai Dashboard Komuniti,Klik Dengan Bijak.

AKTIVITI

Sebelum pertandingan dimulakan petugas terlebih dahulu membuat tayangan video KDB kepada peserta. Kemudian petugas memulakan pertandingan pertama iaitu pertandingan Word Search Online mengenai Klik Dengan Bijak (KDB). Pertandingan  kedua iaitu Rapid Typing dimana pelajar mestilah menaip dengan pantas dan markah diambil berdasarkan kecepatan dan ketepatan perkataan yang ditaip. Seterusnya, pelajar dikehendaki bermain permainan puzzle mobile E-waste dimana pelajar hendaklah menyusun poster E-Waste dengan betul. Aktiviti terakhir ialah menjawab soalan Dashboard(Myshop) iaitu peserta dikehendaki log in Dashboard Komuniti untuk mencari jawapan kepada soalan myshop yang diberi. 

 

GAMBAR DISINI




Permainan Pendidikan ABCya ( Make A Cake )

TARIKH  : 01 OKTOBER 2018 (ISNIN)
MASA : 10:30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA : 6 ORANG 

 

TUJUAN

Seramai 6 orang pelatih daripada PPDK Bertam Baru mengikuti permainan pendidikan ABCya. Kali ini petugas Pusat Internet membuat satu aktiviti dimana pelatih dikehendaki bermain satu permaianan membuat kek di aplikasi ABCya. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat mereka bermain dan membantu mereka menggunakan fikiran mereka dalam penggunaan warna,bentuk,nombor dan juga huruf.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka aplikasi ABCya kepada pelatih PDK. Kemudian petugas memberitahu pelatih tujuan kelas diadakan untuk menghasilkan/menghias kek. Kelas diteruskan lagi dengan petugas menunjukkan bagaimana permainan itu dimainkan.Petugas menerangkan tentang pennggunaan warna,bentuk,huruf dan juga nombor. Kemudian petugas meminta pelajar untuk menghasilkan kek mengikut cita rasa sendiri.

GAMBAR DISINI