Menyanyi Sambil Mengenal Anggota Badan (PPDK Bertam) 

TARIKH 

: 17 SEPTEMBER 2018 (ISNIN)

MASA  : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA : 6 ORANG

 

TUJUAN

Kelas bersama pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bertam kali ini disertai oleh 6 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang petugas PDK. Kelas bersama mereka adalah bertujuan untuk melatih mereka mengenali anggota badan mereka.

 

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memasang lagu bersenam 'Head,Shoulders,Knees & Toes' kepada pelajar. Seterusnya , petugas mengarahkan pelajar bersama-sama megikuti lagu tersebut sambil menunjukkan anggota badan mengikut lagu.

 

GAMBAR DISINI

 


 


Kelas Mencipta Poster Hari Malaysia 
(Sek Rendah)

TARIKH : 05 SEPTEMBER 2018 (RABU)
MASA : 04.00 PETANG - 05.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET BERTAM BARU
PESERTA : 6 ORANG

 

TUJUAN 

Kelas mencipta poster sempena Hari Malaysia kali ini disertai oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini adalah bertujuan untuk melihat kreativiti pelajar dalam menghasilkan poster dengan menggunakan microsoft word dan juga mengingatkan pelajar tentang Hari Malaysia.

 

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan oleh petugas dengan memberi penerangan kepada peserta tujuan kelas diadakan dan penerangan sedikit mengenai Hari Malaysia. Seterusnya, petugas mengarahkan pelajar untuk mencari gambar atau tema untuk dijadikan elemen pada poster mereka.Kemudian petugas memberi masa untuk  pelajar menghasilkan poster dengan menggunakan Microsoft Word mengikut kreativiti masing-masing.

GAMBAR DI SINI 

 


 

Praktikal Meneroka Mic.Word(Sek.Menengah & Sek.Rendah)

TARIKH      : 24 JULAI 2018 (SELASA)
MASA  : 03.00 PETANG - 04.00 PETANG
TEMPAT  : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA   : 8 ORANG

 

 

 

 

 

TUJUAN

Kelas praktikal menggunakan microsoft word ini dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada seorang sekolah menengah dan 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah mempraktikkan penggunaan semua format yang ada di dalam Microsoft Word supaya mereka menjadi mahir dalam menggunakannya.

 

AKTIVITI

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas tentang cara menggunakan Microsoft Word dan pelajar mencari Mic.Word di dalam komputer.Kemudian kelas diteruskan dengan mengarahkan peserta untuk menaip perkataan yang telah di tetapkan oleh petugas yang di paparkan di Smart Board.Seterusnya,petugas mengarahkan pelajar untuk mengubah jenis tulisan mengikut arahan petugas. Selain itu, pelajar diminta untuk mengubah saiz tulisan seperti yang ditetapkan oleh petugas. seterusnya, pelajar diarahkan untuk Bold & Italic sesetengah perkataan seperti yang telah di tetapkan oleh petugas dan menukar warna tulisan mengikut warna pilihan pelajar.Akhir sekali, menyimpan tugasan yang di buat di dalam folder sendiri.

GAMBAR DI SINI


 

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Bertam 2018

TARIKH  : 11 OGOS 2018 (SABTU) 
 MASA : 08.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
 TEMPAT : PUSAT INTERNET BERTAM BARU
 PESERTA : 209 ORANG

 

TUJUAN

Program Hari Bersama Komuniti (HBK) diadakan adalah bertujuan untuk mengajak lebih ramai masyarakat setempat untuk mengenali pusat internet dan juga merapatkan hubungan di antara komuniti dengan pusat internet.

AKTIVITI 

Program ini bermula dengan pendaftaran pengunjung yang hadir dan juga disusuli dengan pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama pihak Kospen lokaliti Bertam. Seterusnya, Program diteruskan dengan taklimat ringkas daripada pengurus PI mengenai KDB dan juga Sebenarnya.my kepada hadirin. Program diteruskan lagi dengan aktiviti yang lain seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz english word search (Sek.Rendah) dan juga puzzle online KDB bagi pelajar sekolah menengah. Tambahan lagi kami juga mengalukan sumbangan gadjet rosak daripada pengunjung untuk e-waste.Selain itu, program diteruskan dengan lagi dengan sesi muat turun aplikasi Dashboard Komuniti kedalam telefon masing-masing dan pihak pusat internet juga mengadakan kuiz dashboard kepada pengunjung yang hadir. Di samping itu, bagi kategori usahawan pihak kami mengadakan pameran produk usahawan dan bagi kategori wanita pula diadakan pertandingan kuih tradisional,pertandingan dekorasi kek bertemakan merdeka dan jahitan manik. Selain itu, program diteruskan dengan ucapan daripada pengurus dan ucapan serta perasmian daripada penggawa daerah Bertam. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan pada program tersebut.

GAMBAR DI SINI

 


 

 

Mencipta Logo Menggunakan Microsoft Word 

TARIKH      : 06 JULAI 2018 (JUMAAT)
MASA  : 11.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT  : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA   : 6 ORANG

 

 

 

 

 

 

TUJUAN

Kelas mencipta logo menggunakan Microsoft Word kali ini disertai oleh enam orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan logo. Kelas ini juga adalah untuk memberitahu kapada mereka bahawa terdapat pelbagai fungsi Microsoft Word selain digunakan untuk menaip. Tambahan pula aktiviti ini adalah untuk menambah pengetahuan mereka cara menghasilkan sesuatu logo agar mereka dapat menghasilkan logo untuk kegunaan mereka pada masa yang akan datang.

AKTIVITI

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas tentang cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat logo. Kemudian kelas diteruskan dengan mengarahkan peserta untuk mencari gambar atau elemen yang sesuai untuk dijadikan tema kepada logo mereka.Seterusnya,petugas mengarahkan pelajar untuk menghasilkan logo untuk sesuatu kempen seperti Jom Hidup Sihat, Klik Dengan Bijak dan Jauhi Rokok dengan menggunakan item Shapes.

 

GAMBAR DI SINI