Kelas DIY Sampul Duit Raya Menggunakan Microsoft Word

 TARIKH :10 JUN 2018 
 MASA : 10:00 PAGI - 11.00 PAGI
 TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
 PESERTA

: 3 ORANG

 

TUJUAN

Kelas membuat sampul duit raya kali ini disertai oleh tiga orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat mereka menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan sampul duit raya. Kelas ini juga adalah untuk memberitahu kapada mereka bahawa terdapat pelbagai fungsi Microsoft Word selain digunakan untuk menaip. Tambahan pula aktiviti membuat sampul ini dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.

 

AKTIVITI

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas tentang tujuan kelas diadakan. Kemudian kelas diteruskan dengan mengarahkan peserta untuk mencari gambar yang sesuai dan mengikut citarasa mereka untuk dijadikan tema pada sampul duit raya.Seterusnya,petugas menunjukkan kepada pelajar terlebih dahulu cara membuat sampul di Microsoft Word seperti memasukan bentuk dan juga gambar.Akhir sekali, petugas mengajar pelajar cara untuk mencetak kad raya dan melipat menjadi sampul.

 

GAMBAR DI SINI