Mencipta Logo Menggunakan Microsoft Word 

TARIKH      : 06 JULAI 2018 (JUMAAT)
MASA  : 11.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT  : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA   : 6 ORANG

 

 

 

 

 

 

TUJUAN

Kelas mencipta logo menggunakan Microsoft Word kali ini disertai oleh enam orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan logo. Kelas ini juga adalah untuk memberitahu kapada mereka bahawa terdapat pelbagai fungsi Microsoft Word selain digunakan untuk menaip. Tambahan pula aktiviti ini adalah untuk menambah pengetahuan mereka cara menghasilkan sesuatu logo agar mereka dapat menghasilkan logo untuk kegunaan mereka pada masa yang akan datang.

AKTIVITI

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas tentang cara menggunakan Microsoft Word untuk membuat logo. Kemudian kelas diteruskan dengan mengarahkan peserta untuk mencari gambar atau elemen yang sesuai untuk dijadikan tema kepada logo mereka.Seterusnya,petugas mengarahkan pelajar untuk menghasilkan logo untuk sesuatu kempen seperti Jom Hidup Sihat, Klik Dengan Bijak dan Jauhi Rokok dengan menggunakan item Shapes.

 

GAMBAR DI SINI