Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Bertam 2018

TARIKH  : 11 OGOS 2018 (SABTU) 
 MASA : 08.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
 TEMPAT : PUSAT INTERNET BERTAM BARU
 PESERTA : 209 ORANG

 

TUJUAN

Program Hari Bersama Komuniti (HBK) diadakan adalah bertujuan untuk mengajak lebih ramai masyarakat setempat untuk mengenali pusat internet dan juga merapatkan hubungan di antara komuniti dengan pusat internet.

AKTIVITI 

Program ini bermula dengan pendaftaran pengunjung yang hadir dan juga disusuli dengan pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama pihak Kospen lokaliti Bertam. Seterusnya, Program diteruskan dengan taklimat ringkas daripada pengurus PI mengenai KDB dan juga Sebenarnya.my kepada hadirin. Program diteruskan lagi dengan aktiviti yang lain seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz english word search (Sek.Rendah) dan juga puzzle online KDB bagi pelajar sekolah menengah. Tambahan lagi kami juga mengalukan sumbangan gadjet rosak daripada pengunjung untuk e-waste.Selain itu, program diteruskan dengan lagi dengan sesi muat turun aplikasi Dashboard Komuniti kedalam telefon masing-masing dan pihak pusat internet juga mengadakan kuiz dashboard kepada pengunjung yang hadir. Di samping itu, bagi kategori usahawan pihak kami mengadakan pameran produk usahawan dan bagi kategori wanita pula diadakan pertandingan kuih tradisional,pertandingan dekorasi kek bertemakan merdeka dan jahitan manik. Selain itu, program diteruskan dengan ucapan daripada pengurus dan ucapan serta perasmian daripada penggawa daerah Bertam. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan pada program tersebut.

GAMBAR DI SINI