Kelas Adobe Photoshop CS6 ( Sek.Menengah)

TARIKH : 08 APRIL 2018 
MASA : 4.00 PETANG - 6.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA : 3 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar lelaki sekolah menengah.Tujuan kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan salah satu perisian yang terdapat di dalam komputer iaitu Adobe Photoshop CS6 dan juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar berkenaan Adobe Photoshop CS6.

 

AKTIVITI

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan berkenaan dengan Adobe Photoshop CS6 kepada pelajar. Petugas meneruskan lagi kelas dengan memberi penerangan bagi setiap fungsi tool-tool yang terdapat di Adode Photoshop CS6 seperti move tool, quick selection tool,crop tool dan sebagainya. Seterusnya, kelas diteruskan lagi dengan petugas menunjukkan cara-cara untuk mengedit background foto. Setelah pelajar faham cara mengedit background foto, petugas mengarahkan pelajar untuk mencari gambar yang disukai di google untuk diedit. Kelas diteruskan lagi apabila pelajar selesai mencari gambar yang disukai dengan mengarahkan pelajar untuk menggantikan bakground foto dengan warna yang digemari. Sebelum kelas ditangguhkan petugas meminta pelajar untuk meyimpan gambar yang diedit di dalam folder masing -masing.

 

GAMBAR DI SINI