Kelas DIY Sampul Duit Raya Menggunakan Microsoft Word

 TARIKH :10 JUN 2018 
 MASA : 10:00 PAGI - 11.00 PAGI
 TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
 PESERTA

: 3 ORANG

 

TUJUAN

Kelas membuat sampul duit raya kali ini disertai oleh tiga orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat mereka menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan sampul duit raya. Kelas ini juga adalah untuk memberitahu kapada mereka bahawa terdapat pelbagai fungsi Microsoft Word selain digunakan untuk menaip. Tambahan pula aktiviti membuat sampul ini dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.

 

AKTIVITI

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas tentang tujuan kelas diadakan. Kemudian kelas diteruskan dengan mengarahkan peserta untuk mencari gambar yang sesuai dan mengikut citarasa mereka untuk dijadikan tema pada sampul duit raya.Seterusnya,petugas menunjukkan kepada pelajar terlebih dahulu cara membuat sampul di Microsoft Word seperti memasukan bentuk dan juga gambar.Akhir sekali, petugas mengajar pelajar cara untuk mencetak kad raya dan melipat menjadi sampul.

 

GAMBAR DI SINI

 


 

Kelas Microsoft Powerpoint (Sek.Rendah)

 TARIKH  : 12 MEI 2018 
 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
 TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
 PESERTA : 8 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini disertai oleh 8 orang pelajar Sekolah Rendah yang merupakan ahli pi1m yang baru mengikuti kelas di PI1M Bertam.Tujuan kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada mereka mengenai Microsoft Power Point.

 

AKTIVITI

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan berkenaan dengan Microsoft Powerpoint seperti sejarah powerpoint mula diperkenalan kepada pelajar. Petugas meneruskan lagi kelas dengan memberi penerangan tentang kaedah-kaedah memulakan program Microsoft Powerpoint.Kelas diteruskan lagi dengan menerangkan elemen-elemen penting dalam Microsoft Powerpoint kepada pelajar. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk membuat persembahan slaid.Akhir sekali,mengajar pelajar cara untuk mencetak slaid persembahan.

 

GAMBAR DI SINI

 


 

Promosi PI1M Dan Kelas Asas Bersama Ahli Baru PI1M Bertam

TARIKH
02 MAC 2018
MASA 10.00 PAGI -12.30 TENGAH HARI
TEMPAT BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA 7 ORANG

 

 

 

 

 

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah yang baru mendaftar sebagai ahli PI1M Bertam. Tujuan kelas ini diadakan untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malysia Bertam dan juga bertujuan untuk memperkenalkan perkakasan komputer serta fungsinya untuk di praktikkan ke dalam pembelajaran Microsoft Office.

 

AKTIVITI

Aktiviti bersama ahli baru PI1M Bertam dimulakan dengan penerang latar belakang dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M Bertam. Selepas penerangan berkenaan PI1M kelas diteruskan dengan penerangan komponen computer serta fungsinya dan cara untuk menggunakannya. Kelas diteruskan lagi dengan membuat latihan pada microsoft word dengan menggunakan semua fungsi atau icon. Sebelum kelas tamat pelajar diarahkan untuk mencari gambar, menyimpan  dan memuat naik gambar dari internet (google search) ke dalam microsoft word.

GAMBAR DI SINI


 

 

Kelas Adobe Photoshop CS6 ( Sek.Menengah)

TARIKH : 08 APRIL 2018 
MASA : 4.00 PETANG - 6.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
PESERTA : 3 ORANG

 

TUJUAN

Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar lelaki sekolah menengah.Tujuan kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan salah satu perisian yang terdapat di dalam komputer iaitu Adobe Photoshop CS6 dan juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar berkenaan Adobe Photoshop CS6.

 

AKTIVITI

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan berkenaan dengan Adobe Photoshop CS6 kepada pelajar. Petugas meneruskan lagi kelas dengan memberi penerangan bagi setiap fungsi tool-tool yang terdapat di Adode Photoshop CS6 seperti move tool, quick selection tool,crop tool dan sebagainya. Seterusnya, kelas diteruskan lagi dengan petugas menunjukkan cara-cara untuk mengedit background foto. Setelah pelajar faham cara mengedit background foto, petugas mengarahkan pelajar untuk mencari gambar yang disukai di google untuk diedit. Kelas diteruskan lagi apabila pelajar selesai mencari gambar yang disukai dengan mengarahkan pelajar untuk menggantikan bakground foto dengan warna yang digemari. Sebelum kelas ditangguhkan petugas meminta pelajar untuk meyimpan gambar yang diedit di dalam folder masing -masing.

 

GAMBAR DI SINI

 


 

Anyaman Tikar Menggunakan Kertas (Pelatih PDK Bertam)

 TARIKH : 06 FEBRUARI 2018  
 MASA : 11.00 PAGI -12.00 TENGAH HARI
 TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
 PESERTA : 10 ORANG 

 

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK Bertam Baru).Tujuan aktiviti ini diadakan bersama pelatih PDK adalah untuk memberi bimbingan kepada pelatih OKU untuk menonjolkan kebolehan masing-masing dalam menghasilkan sesuatu produk.

AKTIVITI

Aktiviti bersama pelatih PDK dimulakan dengan tayangan video anyaman tikar menggunakan kertas supaya mereka mendapat gambaran atau mengetahui cara membuat anyaman terlebih dahulu. Seterusnya, petugas Pi1m mengagihkan kertas warna dan juga gam yang merupakan bahan utama untuk pelatih menyiapkan tikar anyaman. Aktiviti diteruskan lagi apabila petugas mengarahkan pelatih menghasilkan tikar mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan kombinasi kertas bewarna merah jambu,kuning dan juga biru.

GAMBAR DI SINI