Anyaman Tikar Menggunakan Kertas (Pelatih PDK Bertam)

 TARIKH : 06 FEBRUARI 2018  
 MASA : 11.00 PAGI -12.00 TENGAH HARI
 TEMPAT : BILIK BELAJAR PUSAT INTERNET BERTAM
 PESERTA : 10 ORANG 

 

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK Bertam Baru).Tujuan aktiviti ini diadakan bersama pelatih PDK adalah untuk memberi bimbingan kepada pelatih OKU untuk menonjolkan kebolehan masing-masing dalam menghasilkan sesuatu produk.

AKTIVITI

Aktiviti bersama pelatih PDK dimulakan dengan tayangan video anyaman tikar menggunakan kertas supaya mereka mendapat gambaran atau mengetahui cara membuat anyaman terlebih dahulu. Seterusnya, petugas Pi1m mengagihkan kertas warna dan juga gam yang merupakan bahan utama untuk pelatih menyiapkan tikar anyaman. Aktiviti diteruskan lagi apabila petugas mengarahkan pelatih menghasilkan tikar mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan kombinasi kertas bewarna merah jambu,kuning dan juga biru.

GAMBAR DI SINI