Program Advokasi, Dashboard Komuniti & Explorasi Tempat Menarik Kampung Bertam Baru 2018

Tarikh : 24 November 2018 (Sabtu)
Masa : 08:00 pagi - 01:00 tengah hari 
Tempat : Tempat Menarik kampung Bertam Baru 
Peserta : 29 orang


Tujuan

Program ini disertai oleh 29 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk membawa pelajar mengenali tempat-tempat menarik yang ada di Bertam Baru disamping menggalakan gaya hiup sihat dengan berjalan kaki ke tempat-tempat berkenaan. 

Aktiviti 

Pengurus membahagikan peserta kepada tiga kumpulan di mana satu kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta.Pengurus memulakan aktiviti dengan mengadakan senaman memanaskan badan sebelum explorasi bermula.Explorasi dimulakan dengan berjalan kaki ke Taman Permainan dikehendaki menjawab teka silang kata KDB mengikut kumpulan masing-masing.Peserta bergerak ke destinasi kedua iaitu Stesen Keretapi Bertam Baru dan peserta dikehendaki menjawab kuiz Dashboard myshop mengenai produk tempatan.Destinasi yang ketiga ialah Tugu Pertahanan dan peserta dikehendaki menjawab soalan spontan mengenai pusat internet dan juga perkakasan komputer.Akhir sekali, peserta berjalan kaki balik semula ke Pusat Internet dan sebelum bersurai petugas menyediakan makanan kepada peserta.

 Gambar disini