Tarikh : 16 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa : 11:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 10 Orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Aktiviti bersama 10 orang pelajar sekolah rendah bertujuan untuk bermain permaianan online mengenai perkasasan komputer dan teknologi.Melalui permainan find the technology dapat membantu pelajar mengenal peralatan serta fungsinya.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penjelasan daripada petugas tentang cara untuk bermain permainan tersebut. Kemudian pelajar terlebih dahulu diberi masa untuk membaca serta mengenali perkasasan serta fungsinya. Setelah itu pelajar memulakan permainan dengan mencari peralatan serta fungsinya mengikut kehendak soalan.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 06 Ogos 2019 (Selasa)
Masa : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 9 Orang ( Pelatih Pdk Bertam)

 

 

Tujuan

Aktiviti bersama pelatih Pdk Bertam hari ini adalah untuk bermain permainan mencipta melodi ringkas dengan menggunakan Melody Maker di dalam ABCya.com. Aktiviti disertai oleh 9 orang pelatih PDK Bertam.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penjelasan daripada petugas cara untuk bermain melody maker. Seturusnya, Pelatih diminta untuk ke depan bagi menghasilkan bunyi melodi dengan dengan menyentuh titik warna di screen mengikut idea mereka sendiri.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh  : 19 Julai 2019 (Jumaat) 
Masa : 04:00petang - 05:00 petang
Tempat  : Pusat Internet Bertam
Peserta  : 13 orang (Sek.Rendah)

 

 

Tujuan

Kelas diadakan pada kali ini adalah bertujuan untuk menunjukkan cara menggunakkan google maps dan earth dalam mencari kedudukan dan jarak sebuah lokasi. Kelas ini juga bertujuan untuk melukis peta menggunakan microsoft word . Kelas disertai oleh 13 orang pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai google maps serta fungsinya. Petugas meminta setiap pelajar untuk membuka google map dan mencari lokasi kampung Bertam Baru dan mencari kedudukan rumah masing- masing. Di segmen kedua petugas menunjukkan cara-cara untuk melukis peta dengan menggunakan microsoft word.Kemudian petugas meminta setiap pelajar untuk melukis peta bermula dari rumah mereka untuk ke pusat internet. Pelajar diajar untuk memasukkan logo dan shape untuk melengkapkan peta mereka.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 01 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 09:00 Pagi - 01:00 Petang
Tempat  : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 4 Orang (Belia)

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawan kali ini disertai oleh 4 orang peserta daripada kampung Pasir Tumboh. Tujuan mereka mengikuti kelas adalah untuk belajar mengenai asas komputer serta mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk mereka sacara atas talian.

Aktiviti

Sebelum kelas bermula petugas pusat internet mengadakan sesi perkenalan terlebih dahulu. Kemudian kelas diteruskan dengan sesi latihan asas media baru dimana peserta diajar untuk membuka akaun facebook. Seterusnya peserta juga diajar cara untuk memasarkan produk jualan mereka ke dalam facebook masing-masing. Selain itu petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan whatsapp web bagi memuat turun gambar produk yang telah dihantar melalui whatsapp. Tambahan lagi,peserta juga diajar untuk memasarkan produk mereka ke dalam Myshop Dashboard. Peserta juga diminta untuk memuat turun aplikasi Dashboard kedalam telefon bagi memudahkan mereka untuk memasukkan produk baru mereka.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh  : 09 Julai (Selasa)
Masa : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 9 Orang (Pelatih PDK Bertam Baru)

 

Tujuan

Aktiviti bersama 9 orang pelatih PDK Bertam Baru kali ialah bermain permainan pendidikan matematik menggunakan aplikasi ABCya.com. Tujuan permainan ini adalah untuk membantu mereka mengulangkaji matematik.

Aktiviti

Petugas memberitahu pelajar aktiviti yang akan dilakukan. Petugas membantu pelajar untuk membuka pc dan juga membuka aplikasi ABCya.com kepada pelajar. Petugas kemudiannya menunjukkan cara untuk memilih permainan counting fish dan meminta untuk mengikut cara yang telah ditunjukkan kepada meraka. Setelah kesemua pelajar membukanya petugas meminta pelajar memulakan permainan dengan mengira jumlah ikan yang ada dan memilih nombor yang betul mengikut kiraan ikan yang ada.

Gambar Aktiviti