Tarikh  : 19 Julai 2019 (Jumaat) 
Masa : 04:00petang - 05:00 petang
Tempat  : Pusat Internet Bertam
Peserta  : 13 orang (Sek.Rendah)

 

 

Tujuan

Kelas diadakan pada kali ini adalah bertujuan untuk menunjukkan cara menggunakkan google maps dan earth dalam mencari kedudukan dan jarak sebuah lokasi. Kelas ini juga bertujuan untuk melukis peta menggunakan microsoft word . Kelas disertai oleh 13 orang pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai google maps serta fungsinya. Petugas meminta setiap pelajar untuk membuka google map dan mencari lokasi kampung Bertam Baru dan mencari kedudukan rumah masing- masing. Di segmen kedua petugas menunjukkan cara-cara untuk melukis peta dengan menggunakan microsoft word.Kemudian petugas meminta setiap pelajar untuk melukis peta bermula dari rumah mereka untuk ke pusat internet. Pelajar diajar untuk memasukkan logo dan shape untuk melengkapkan peta mereka.

Gambar Aktiviti