Tarikh : 01 Ogos 2019 (Khamis)
Masa : 09:00 Pagi - 01:00 Petang
Tempat  : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 4 Orang (Belia)

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawan kali ini disertai oleh 4 orang peserta daripada kampung Pasir Tumboh. Tujuan mereka mengikuti kelas adalah untuk belajar mengenai asas komputer serta mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk mereka sacara atas talian.

Aktiviti

Sebelum kelas bermula petugas pusat internet mengadakan sesi perkenalan terlebih dahulu. Kemudian kelas diteruskan dengan sesi latihan asas media baru dimana peserta diajar untuk membuka akaun facebook. Seterusnya peserta juga diajar cara untuk memasarkan produk jualan mereka ke dalam facebook masing-masing. Selain itu petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan whatsapp web bagi memuat turun gambar produk yang telah dihantar melalui whatsapp. Tambahan lagi,peserta juga diajar untuk memasarkan produk mereka ke dalam Myshop Dashboard. Peserta juga diminta untuk memuat turun aplikasi Dashboard kedalam telefon bagi memudahkan mereka untuk memasukkan produk baru mereka.

Gambar Aktiviti