Tarikh : 23 Januari 2020 (Khamis)
Masa : 03:00 petang - 04:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 5 Orang (Sek.Rendah)

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas kali ini bertujuan melatih pelajar menggunakan google search mengenai fungsi komponen komputer.

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan menunjukan beberapa gambar komponen komputer. Kemudian petugas meminta pelajar untuk mencari setiap gambar dan juga fungsi komponen. Seterusnya, petugas meminta pelajar untuk mendownload gambar komponen dan menyimpan ke dalam folder.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 23 Januari 2020 (Khamis)
Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 5 Orang (Sek.Rendah)

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti bersama pelajar kali ini adalah untuk bermain dua permainan pendidikan iaitu maze game dan juga jigsaw puzzle (poster buli siber).

Aktiviti

Permainan pertama petugas meminta pelajar membuka web happyclick.net dan memilih waze game. Permainan ini menguji kepantasan dan juga kecekapan pelajar menggunakan urutan anak panah di keypad. Permainan kedua petugas memilih jigsaw puzzle mengenai buli siber.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 10 Disember 2019 (Selasa)
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 5 Orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Aktiviti bersama pelajar kali ini adalah untuk bermain kuiz matematik dan bahasa inggeris menggunaka ABCya.com. Tujuan adalah untuk membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran bahasa inggeris dan matematik.

Aktiviti

Petugas menerangkan sedikit cara permainan. Sesi pertama pelajar bermain kuiz bahasa inggeris (Journey to the past tense) dan sesi kedua pelajar bermain kuiz matematik (Jet Ski Addition).

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 17 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 5 Orang (Sek.Rendah)

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Excel bersama 5 orang pelajar Sekolah Rendah bertujuan untuk membuat jadual waktu bagi kelas  mereka menggunakan microsft excel.

Aktiviti

Petugas menerangkan terlebih dahulu tujuan kelas diadakan.Seterusnya petugas menunjukkan cara menggunakan button dan menu yang terdapat di dalam microsoft excel. Petugas meminta pelajar untuk menyiapkan jadual mereka mengikut kreativiti mereka. Pada akhir kelas pelajar menyimpan jadual mereka ke dalam pendrive untuk di cetak.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 28 November 2019 (Khamis)
Masa : 10:15 pagi - 11:15 pagi
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 4 Orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Aktiviti bersama 4 orang pelajar Sekolah Rendah dengan bermain permainan keselamatan jalan raya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Aktiviti

Petugas meminta pelajar untuk membuka laman web rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Pelajar dikehendaki memilih salah satu tajuk iaitu belajar melintas jalan raya. Sebelum bermain pelajar dikehendaki membaca arahan yang diberikan sebelum memulakan permainan.

Gambar Aktiviti