Tarikh : 28 November 2019 (Khamis)
Masa : 10:15 pagi - 11:15 pagi
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 4 Orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Aktiviti bersama 4 orang pelajar Sekolah Rendah dengan bermain permainan keselamatan jalan raya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Aktiviti

Petugas meminta pelajar untuk membuka laman web rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Pelajar dikehendaki memilih salah satu tajuk iaitu belajar melintas jalan raya. Sebelum bermain pelajar dikehendaki membaca arahan yang diberikan sebelum memulakan permainan.

Gambar Aktiviti