Tarikh : 14 November 2019 (Khamis)
Masa : 07:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 210 Orang (Terbuka)

 

Tujuan

Program Literasi ICT dan cakna kesihatan pusat internet bertam 2019 bertujuan untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat ,mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Aktiviti sepanjang program berlangsung terdiri daripada senamrobik,pertandingan mewarna bagi pelajar Tadika danPDK,pertandingnan puzzle kesihatan(sek.menengah),pertandingan kenali komponen komputer(Sek.Rendah),pertandingan penyediaan sandwich(belia).Seterusnya,pemeriksaan kesihatan bersama panel penasihat klinik kesihatan Bertam,derma darah bersama unit tabung darah hospital kuala Krai. Pameran juga turut diadakan daripada petrol denggi Sekolah Menengah Tengku Bendahara,pameran daripada pasukan Bomba Gua Musang dan Pasukan Bomba Sukarela Bertam. Selain itu, pusat internet turut menjemput TNB Gua Musang bagi semakan rebat 40, Pihak Tabung Haji Gua Musang bagi pembukaan akaun dan simpanan, pembukaan akaun bersama Bank Muamalat, cuci emas percuma serta daftar bersama Ar-rahnu Yapiem. Seterusnya, pembayaran cukai tanah bersama Pejabat Tanah Gua Musang.

Gambar Aktiviti