Tarikh : 11 Jun 2020 (Khamis)
Masa : 03:00 petang - 04:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 1 Orang (Belia)

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada usahawan myshop dan cara untuk memuat naik produk ke dalam myshop Dashboard Komuniti

Aktiviti

Usahawan perlu menyediakan bahan-bahan atau maklumat yang lengkap terlebih dahulu.Usahawan perlu memindahkan atau copy gambar produk ke desktop computer. Usahawan log masuk sistem dashboard dan memilih ruangan myshop.Semua produk atau perkhidmatan yang dimuat naik ke dalam myshop perlu pengesahan oleh admin bagi mengelakkan memasarkan barangan terlarang atau merbahaya

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 01 Mac 2020 (Ahad)
Masa : 03:00 petang - 04:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 6 Orang (Sek.Rendah)

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar untuk membuat rujukan pembelajaran secara interaktif.

Aktiviti

Petugas meminta pelajar untuk membuka youtube terlebih dahulu. Pelajar memilih subjek matematik untuk ulangkaji. Menerusi video youtube pelajar dapat menambahkan kefahaman mereka dalam topik-topik tertentu.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 14 Februari  2020 (Jumaat)
Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 6 Orang (Sek.Menengah)

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas kali ini membantu pelajar tingkatan lima untuk mencari gambar-gambar @ bahan bagi menyiapkan kerja kursus seni.

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan meminta pelajar untuk membuka pelayar google chrome atau mozila firefox untuk mencari gambar bunga dan batik. Seterusnya, pelajar diberi tunjuk ajar cara untuk memuat turun gambar dan menyimpan gambar ke dalam pendrive untuk diprint. 

Gambar Aktiviti

Tarikh : 28 Februari 2020 (Jumaat)
Masa : 11:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 8 Orang (Sek.Rendah)

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Microsoft Powerpoint bersama 8 orang pelajar Sekolah Rendah bertujuan untuk menghasilkan slaid yang menggunakan tulisan bergerak.

Aktiviti

Petugas menerangkan terlebih dahulu tujuan kelas diadakan.Seterusnya petugas menunjukkan cara menggunakan button animations dan juga transitions untuk menghasilkan tulisan bergerak.Petugas meminta pelajar untuk memilih gambar background terlebih dahulu bagi mencantikkan lagi slaid.Kemudian pelajar memilih jenis dan bentuk tulisan bagi menghasilakan tulisan bergerak.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 23 Januari 2020 (Khamis)
Masa : 04:00 petang - 05:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 5 Orang (Sek.Rendah)

 

 

 

 

 

 Tujuan

Kelas kali ini bertujuan melatih pelajar untuk mengolah maklumat ke dalam bentuk kotak menggunakan microsoft word. 

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara untuk memasukan kotak. Kemudian pelajar diminta untuk memasukan maklumat seperti nama komponen, fungsi serta gambar komponen di dalam kolum.Setelah selesai pelajar diminta untuk menyimpan hasil kerja ke dalam folder masing-masing.

Gambar Aktiviti