Tarikh : 16 Mac 2021 (Selasa)
Masa : 11:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ialah membantu belia mendaftar  perniagaan milikan tunggal atau perkongsian bila-bila masa dan di mana saja melalui Ezbiz Online yang dilancarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Aktiviti

Pelajar diminta untuk membuka web https://ezbiz.ssm.com.my/?3 bagi melengkapkan maklumat mengenai diri dan juga maklumat perniagaan yang dijalankan. Seterusnya, petugas juga membantu pelajar untuk memuat naik dokumen seperti kad pengenalan. Selain itu, setelah siap membuat pendaftaran petugas juga membantu pelajar untuk mencetak borang pendaftan yang lengkap di isi untuk simpanan sendiri.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 11 Mac 2021 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ialah membantu belia tentang cara-cara untuk mengisi borang permohonan secara online di laman web http://eqaryah.jaheaik.gov.my/.

Aktiviti

Petugas meminta pelajar untuk menghidupkan komputer dahulu dan meminta pelajar memasukan kad pengenalan sebelum menggunakan komputer. Seterusnya, pelajar diminta untuk membuka laman web http://eqaryah.jaheaik.gov.my/. bagi penduduk kelantan yang ingin berkahwin bagi mengisi borang permohonan perkahwinan. Setelah selesai mengisi semua maklumat dan menghantar permohonan pelajar di ajar untuk mencetak borang permohonan.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 04 Februari 2021 (Khamis)
Masa : 03:00 petang - 05:00 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ialah membantu belia yang juga sorang usahawan ikan pekasam menggunakan whatsapp web dan microsoft word.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan memuat turun gambar daripada whatsapp web. Petugas meminta pelajar untuk menyimpan gambar-gambar proses membuat ikan pekasam di dalam satu folder. Kemudian pelajar diarahkan untuk membuka microsoft word bagi menaip proses membuat ikan pekasam. Pelajar ditunjukkan cara untuk memasukan kotak untuk bahagian gambar dan juga penerangan bagi proses membuat ikan pekasam. Pelajar juga diajar untuk memasukan gambar daripada folder gambar ke dalam microsoft word. Seterusnya, pelajar di tunjukkan cara untuk menyimpan dokumen dan juga untuk mencetak dokumen.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 08 & 09 Mac 2021 (Selasa & Rabu)
Masa : 09:30 pagi - 11:30 pagi
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ialah membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia tentang asas komputer dan juga perniagaan secara atas talian dan luar talian.

Aktiviti

Bermula dengan penerangan tentang kelas keusahawanan kepada belia. Sesi pertama petugas menerangkan cara untuk menggunakan microsoft word bagi menyediakan dokumen perniagaan dan microsoft excel bagi tujuan meyediakan akaun lejar perniagaan. Sesi kedua belia diperkenalkan tentang akaun gmail dan diajar cara untuk menggunakannya. Sesi seterusnya, petugas juga memperkenalkan Dashboard Komuniti bagi mempromosikan produk di dalam bahagian myshop. Selain itu, petugas mengalakan belia untuk membuka akaun perniagaan di dalam shopee kerana ia merupakan sistem online yang mudah dan sangat membantu kepada sesiapa yang ingin memasarkan produk mereka.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 03 Februari 2021 (Rabu)
Masa : 03:30 petang - 04:30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ialah membantu pelajar untuk menggunakan aplikasi maybank2u untuk membuat transaksi secara atas talian.

Aktiviti

Membuka maybank2u di pelayar google chrome terlebuh dahulu. Seterusnya, pelajar diminta untuk melengkapkan dahulu username dan password yang diminta. Seterusnya, petugas menerangkan  beberapa term dan fungsinya kepada pelajar.Petugas menerangkan pula cara untuk membuat transaksi duit ke lain-lain akaun.

Gambar Aktiviti