Tarikh : 19 November 2020 (Khamis)
Masa : 02:30 petang - 03:30 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : Pelajar IPTA

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas membantu pelajar meyiapkan satu video menggunakan aplikasi powtoon.

Aktiviti 

Pelajar memindahkan gambar daripada telefon ke PC terlebih dahulu. Seterusnya, petugas meminta pelajar untuk membuka powtoon dan petugas menerangkan fungsi dan cara menggunakan powtoon. 

Gambar Aktiviti

Tarikh : 15 November 2020 (Ahad)
Masa : 02:30 petang - 03:30 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : Sekolah Menengah

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah untuk membuat pamphlet menggunakan aplikasi Postermywall.com.

Aktiviti 

Pelajar dikehendaki menyediakan satu pamphlet pertandingan sukan di sekolah sebagai tugasan rumah.Petugas mencadangkan beberapa aplikasi online yang sesuai untuk mencipta pamphlets. Pelajar kemudian memilih aplikasi Postermywall.com untuk menyiapkan pamphlet.Setelah siap pelajar dikehendaki menghantar tugasan kepada guru melalui whatsapp.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 03 November 2020 (Selasa)
Masa : 04:00 petang - 04:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : Sekolah Menengah

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagi penyediaan soal selidik kerja kursus mereka dengan menggunakan microsoft word.

Aktiviti

Petugas meminta pelajar untuk membuka microsoft word dan menerangkan fungsi word terlebih dahulu. Kemudian petugas menjukkan cara untuk menggunakan word seperti pemilihan jenis tulisan,saiz dan juga penggunaan kotak bagi mengemaskan hasil kerja mereka. Petugas juga menunjukkan cara untuk menyimpan kerja yang ditaip ke dalam pendrive sebelum di cetak.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 01 November 2020 (Ahad)
Masa : 03:08 petang - 04:15 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : Sekolah Rendah

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah untuk membuat carta organisasi menggunakan microsoft word.

Aktiviti

Pelajar diminta untuk melihat contoh carta organisasi di carian google.Petugas menunjukkan cara untuk menggunakan bahagian shapes bagi menghasilkan carta.Pelajar melengkapkan carta organisasi mengikut contoh yang dicari.Pelajar diajar untuk membuat folder bagi menyimpan hasil kerja mereka.

 Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 21 Oktober 2020 (Rabu)
Masa : 04:30 petang - 04:30 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah memberi pendedahan kepada pengguna mengenai pengunaan Telegram serta fungsinya.

Aktiviti

Petugas meminta pelajar untuk mendownload aplikasi Telegram terlebih dahulu di google play store. Kemudian pelajar diminta untuk daftar akaun telegram dengan mengisi maklumat seperti nombor telefon dan nama penuh. Kemudian pelajar diminta untuk mencoba menghantar mesej serta gambar melalui telegram.

Gambar Aktiviti