Tarikh : 03 September 2021 (Jumaat)
Masa : 03:30 petang - 04:30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Membantu belia untuk log masuk ke laman web Jom Masuk Tentera dan juga menyimpan dokumen ke dalam pendrive.

Aktiviti

Kelas bermula dengan meminta belia untuk membuka pelayar google chrome dan menaip laman web https://jmt.mod.gov.my/ . Seterusnya, belia juga diajar untuk menyimpan borang permohonan dalam bentuk pdf ke dalam pendrive untuk di cetak.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 03 September 2021 (Jumaat)
Masa : 09:30 pagi - 10:30 pagi
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Membantu belia menyediakan resume ringkas menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti

Kelas hari ini petugas meminta pelajar untuk menyediakan resume untuk memohon pekerjaan. Resume yang disediakan adalah dalam bentuk yang ringkas dan ditaip menggunakan Microsoft Word. Selain menyediakan resume pelajar juga mengajar belia cara menyimpan dokumen ke dalam pendrive.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 30 Julai 2021 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi - 06:00 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Usahawan

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Penerangan mengenai pertandingan usahawan digital  dan juga pendedahan mengenai jualan dalam talian di Shopee dan juga Kiah Store.

Aktiviti

Bermula dengan pendaftaran peserta mengisi borang pendaftaran pertandingan .Petugas menerangkan kepada peserta tentang syarat pertandingan kepada peserta. Kemudian kelas diteruskan dengan pengenalan kepada Shopee kepada peserta yang tidak mempunyai akaun shopee. Seterusnya, peserta diminta untuk memuat naik produk yang dijual kedalam kedai shopee masing-masing. Petugas juga meminta peserta  untuk berkongsi link kedai di facebook dan juga group whatsapp. Kelas bersambung di sebelah petang dengan pengenalan kepada portal Kiah Store. Kelas melalui zoom di mana pengajar adalah petugas PIK Kesedarjaya.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 02 Ogos 2021 (Isnin)
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Usahawan

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Membantu penjual untuk memasukan barang ke dalam akaun Shopee.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk memuat turun gambar produk yang ingin di jual ke dalam desktop PC terlebih dahulu. Seterusnya,Petugas menerangkan beberapa bahagian penting kepada peserta seperti Shop settings bagi membolehkan penjual memasukan nama kedai,penerangan dan sebagainya.
Kemudian petugas membantu peserta untuk memasukan produk di bahagian seller centre. Di bahagian ini penjual boleh meletakkan nama produk serta kategori produk.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 08 Me1 2021 (Isnin)
Masa : 09:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Bertam
Peserta : Sek.Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pendedahan tentang penyalahgunaan dadah dalam kehidupan.

Aktiviti

Bermula dengan pendaftaran peserta (mengisi borang pendaftaran yang telah disediakan oleh pihak AADK).Petugas menerangkan kepada peserta tentang program yang dijalankan ini adalah secara atas talian dengan kolaborasi bersama 7 lagi PIK TM di daerah Gua Musang melalui Google Meet.Pelajar disediakan 1 PC untuk setiap orang di dalam bilik belajar PIKGoogle Meet bersama pegawai AADK bermula dengan keterangan tentang tentatif program kepada pelajar.Pelajar dibekalkan dengan nota dan goodies.Program berakhir dengan soalan kuiz berdasarkan nota yang disediakan.

Gambar Aktiviti