Tarikh : 18 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 10 Orang (Sek.Rendah)

 


Tujuan

Aktiviti bersama 10 orang pelajar Sekolah Rendah adalah untuk bermain jigsaw puzzle buli siber. Tujuan juga adalah memberi kesedaran kepada mereka tentang buli siber.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video pendek mengenai buli siber. Kemudian petugas bertanyakan beberapa soalan mengenai buli siber berpandukan video yang ditayangkan.Seterusnya, pelajar diberi masa untuk menyiapkan puzzle mengikut masa yang ditetapkan.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 10 Oktober 2019 (Khamis)
Masa : 03:00 petang - 04:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 05 Orang (Sek.Rendah)

 


Tujuan

Aktiviti bersama 5 orang pelajar sekolah rendah adalah untuk bermain sudoku online. Tujuannya adalah untuk mengisikan angka-angka dari 1 sampai 9 ke dalam jaring-jaring 9×9 yang terdiri dari 9 kotak 3×3 tanpa ada angka yang berulang di satu baris, kolom atau kotak.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penjelasan daripada petugas tentang cara untuk bermain Sudoku. Pelajar diminta untuk membuka web sudokukingdom.com. Pelajar membaca terlebih dahulu peraturan bermain Sudoku sebelum bermain. Pelajar bermain bermula dari tahap very easy hingga medium.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 13 September 2019 (Jumaat)
Masa : 03:00 petang - 05:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 5 Orang (Belia)


Tujuan

Kelas bersama usahawan ini bertujuan membantu mempromosikan produk mereka di dalam ruangan myshop dan juga menanda lokasi mereka berniaga di dalam my place. Kelas dihadiri oleh 5 orang peserta.

 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sedikit penerangan dari petugas. Kemudian petugas meminta peserta untuk membuka myshop bagi memuat naik produk mereka kedalam myshop. Peserta dikehendaki memasukan secara detail mengenai produk mereka. Seterusnya, peserta juga diminta untuk memasukkan lokasi kedai mereka ke dalam myplace bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke kedai mereka.

 

 Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh : 14 September 2019 (Sabtu)
Masa : 09:00 pagi - 02:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 224 Orang (Terbuka)

 


Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti 2019 diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan juga mengeratkan kerjasama antara agensi-agensi tempatan.Selain itu juga ia bertujuan untuk menghebahkan kepada komuniti berkenaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet. Program dihadiri seramai 224 orang pengunjung yang terdiri daripada warga emas,belia dan juga pelajar sekolah.

 

Aktiviti

Program yang diadakan pada program tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun. Pemeriksaan kesihatan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Bertam Baru. Seterusnya, pameran dan takilimat oleh wakil agensi seperti Ptptn Cawangan Kuala Krai, AADK Cawangan Gua Musang, PBS Bertam Baru dan juga Kelab Doktor Muda Sk Bertam. Program juga menjemput usahawan tempatan untuk membuka booth mereka. Seterusnya, pusat internet juga mengadakan pertandingan seperti pertandingan mencipta poster,pertandingan mencipta video, gubahan Tuala , pertandingan Bento (Makanan Sihat), Petandingan Ikat sampin bunga Tanjung, pertandingan Kenali Komponen komputer dan juga install aplikasi dashboard komuniti dan menaip artikel.Program turut dihadiri oleh pemimipin tempatan dan juga wakil TM dan juga MSD.

 

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 10:30 pagi - 11:30 pagi
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 11 Orang (Sek.Rendah)

 


Tujuan

Kelas kali ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menaip biodata diri menggunakan microsoft word. Kelas disertai oleh 11 orang pelajar sekolah rendah.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas cara untuk membuat biodata di microsoft word. Kemudian petugas menerangkan cara untuk menggunakan item insert bagi memasukkan table,picture dan juga shapes. Kemudian pelajar mula membuat biodata dengan memasukkan maklumat-maklumat mengenai diri mereka. Pelajar juga diajar untuk menyimpan biodata mereka ke dalam folder masing-masing.

Gambar Aktiviti