Tarikh : 14 September 2019 (Sabtu)
Masa : 09:00 pagi - 02:00 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 224 Orang (Terbuka)

 


Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti 2019 diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan juga mengeratkan kerjasama antara agensi-agensi tempatan.Selain itu juga ia bertujuan untuk menghebahkan kepada komuniti berkenaan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet. Program dihadiri seramai 224 orang pengunjung yang terdiri daripada warga emas,belia dan juga pelajar sekolah.

 

Aktiviti

Program yang diadakan pada program tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun. Pemeriksaan kesihatan oleh panel penasihat Klinik Kesihatan Bertam Baru. Seterusnya, pameran dan takilimat oleh wakil agensi seperti Ptptn Cawangan Kuala Krai, AADK Cawangan Gua Musang, PBS Bertam Baru dan juga Kelab Doktor Muda Sk Bertam. Program juga menjemput usahawan tempatan untuk membuka booth mereka. Seterusnya, pusat internet juga mengadakan pertandingan seperti pertandingan mencipta poster,pertandingan mencipta video, gubahan Tuala , pertandingan Bento (Makanan Sihat), Petandingan Ikat sampin bunga Tanjung, pertandingan Kenali Komponen komputer dan juga install aplikasi dashboard komuniti dan menaip artikel.Program turut dihadiri oleh pemimipin tempatan dan juga wakil TM dan juga MSD.

 

Gambar Aktiviti