Tarikh : 14 November 2019 (Khamis)
Masa : 07:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 210 Orang (Terbuka)

 

Tujuan

Program Literasi ICT dan cakna kesihatan pusat internet bertam 2019 bertujuan untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat ,mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Aktiviti sepanjang program berlangsung terdiri daripada senamrobik,pertandingan mewarna bagi pelajar Tadika danPDK,pertandingnan puzzle kesihatan(sek.menengah),pertandingan kenali komponen komputer(Sek.Rendah),pertandingan penyediaan sandwich(belia).Seterusnya,pemeriksaan kesihatan bersama panel penasihat klinik kesihatan Bertam,derma darah bersama unit tabung darah hospital kuala Krai. Pameran juga turut diadakan daripada petrol denggi Sekolah Menengah Tengku Bendahara,pameran daripada pasukan Bomba Gua Musang dan Pasukan Bomba Sukarela Bertam. Selain itu, pusat internet turut menjemput TNB Gua Musang bagi semakan rebat 40, Pihak Tabung Haji Gua Musang bagi pembukaan akaun dan simpanan, pembukaan akaun bersama Bank Muamalat, cuci emas percuma serta daftar bersama Ar-rahnu Yapiem. Seterusnya, pembayaran cukai tanah bersama Pejabat Tanah Gua Musang.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 06 November 2019 (Rabu)
Masa : 03:30 petang - 04:30 petang
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 06 Orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Kelas bersama enam orang pelajar Sekolah Rendah adalah untuk menyediakan surat rasmi menggunakan microsoft word. 

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada pelajar mengenai format surat rasmi. Petugas meminta pelajar untuk menyediakan surat rasmi memohon kebenaran mengadakan lawatan. Pelajar diberi masa untuk menyiapkan surat tersebut mengikut format yang betul. 

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 21 Oktober 2019 (Isnin)
Masa : 09:15 pagi - 10:15 pagi
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 11 Orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Kelas Digital Compentency Standard (DCS) dihadiri oleh 11 orang pelajar darjah enam dari Sk Bertam Baru dan diiringi oleh seorang guru.Tujuan adalah untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika melalui kaedah gamifikasi.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan daripada guru mereka tentang kaedah untuk memulakan DCS. Pelajar diminta untuk masuk ke laman web dsc.moe.edu.my dan memasukkan nombor ic masing-masing. Pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan mengikuti masa yang ditetapkan. Setelah selesai pelajar boleh memuat turun sijil penghargaan kerana berjaya melalui penilaian DCS.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 05 November 2019 (Selasa)
Masa : 10:30 pagi - 11:30 pagi
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 06 Orang (Pelatih PDK Bertam)

 

Tujuan

Aktiviti bersama enam orang pelatih Pemulihan Dalam Komuniti Bertam untuk bermain permainan online mencari objek tersembunyi. 

Aktiviti

Petugas membuka satu laman web permainan untuk mencari benda tersembunyi di dalam gambar. Petugas memberi peluang kepada semua pelatih untuk objek yang tersembunyi didalam gambar. 

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 08 Orang (Sek.Rendah)



Tujuan

Aktiviti bersama lapan orang pelajar Sekolah Rendah adalah untuk menghasilkan Photobook menggunakan Microsoft word. 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan kelas pada hari tersebut.Petugas meminta pelajar untuk mencari satu idea/tema dan juga mencari gambar untuk photobook.Petugas menunjukkan video membuat photobook menggunakan Microsoft word.Petugas juga menerangkan cara penggunaan layout di Microsoft word.Petugas memberi waktu untuk pelajar membuat photobook mereka.

Gambar Aktiviti