Tarikh : 21 Oktober 2019 (Isnin)
Masa : 09:15 pagi - 10:15 pagi
Tempat : Pusat Internet Bertam
Peserta : 11 Orang (Sek.Rendah)

 

Tujuan

Kelas Digital Compentency Standard (DCS) dihadiri oleh 11 orang pelajar darjah enam dari Sk Bertam Baru dan diiringi oleh seorang guru.Tujuan adalah untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika melalui kaedah gamifikasi.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan daripada guru mereka tentang kaedah untuk memulakan DCS. Pelajar diminta untuk masuk ke laman web dsc.moe.edu.my dan memasukkan nombor ic masing-masing. Pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan mengikuti masa yang ditetapkan. Setelah selesai pelajar boleh memuat turun sijil penghargaan kerana berjaya melalui penilaian DCS.

Gambar Aktiviti