Tarikh  : 14 Jun 2019 (Jumaat)
Masa : 09:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam Baru
Peserta : 5 orang ( Sek.Rendah)

 

Tujuan 

Aktiviti bersama pelajar kali ini adalah bertujuan untuk memuat turun aplikasi Dashboard, memuat naik ucapan raya ke dalam mykomuniti, bermain puzzle online dan juga menggunakan aplikasi whatsapp web.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan mengarahkan pelajar untuk muat naik aplikasi Dashboard Komuniti pada handphone masing-masing. Kemudian pelajar diminta untuk memuat turun gambar dengan menggunakan whatsapp web dan disimpan ke dalam desktop. Seterusnya,pelajar diminta untuk mencipta ucapan hari raya untuk dimuat naik pada bahagian mykomuniti. Aktiviti seterusya, pelajar bermain puzzle online poster raya.

Gambar Aktiviti