Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet 2018

Tarikh : 15 Disember 2018 ( Sabtu)
Masa : 08:30 pagi - 02:00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Bertam Baru
Peserta : 126 orang


Tujuan

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Bertam dihadiri seramai 126 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, belia dan juga warga emas. Program ini juga turut disertai oleh wakil-wakil agensi seperti Kospen Lokaliti Bertam,Klinik Kesihatan Bertam Baru dan juga Panel kesihatan. Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan Pusat Internet dan memeperkenalkan Pusat Internet sebagai Pusat Pemeriksaan Percuma yang sah.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Aktiviti yang seterusnya ialah senamrobik bersama Team Aerobik Bertam Baru. Seterusnya, program diteruskan dengan Pemeriksaan Kesihatan oleh wakil Kospen Lokaliti Bertam Baru. Selain itu, bagi kanak-kanak pihak PI mengadakan pertandingan mewarna Poster Jom Sihat. Untuk wanita pula pertandingan penyediaan sarapan sihat berasaskan roti dimana permarkahan diberikan oleh Doktor Klinik Kesihatan Bertam Baru. Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat ringkas kesihatan oleh Doktor Bukhari Bin Baharum. Aktiviti seterusnya ialah, pameran dan kuiz spontan ibu hamil, kanak-kanak dan pesakit luar. Seterusnya, aktiviti sampingan ialah pendaftaran ahli Pusat Internet, Install Aplikasi, Puzzle online dan eksplorasi KDB, kahoot kesihatan dan juga cabutan bertuah. 

Gambar disini