Tarikh  : 21 Februari 2019 (Khamis)
 Masa : 09:30 pagi - 05:30 petang
Tempat : Bilik Belajar Pusat Internet Bertam
Peserta  : 1 Orang ( Wanita)

 

 

Tujuan

Kelas Keusahawanan dijalankan oleh pengurus Pusat Internet Bertam bersama seorang peniaga roti canai yang merupakan salah seorang usahawan pilihan pusat internet Bertam pada bulan Februari 2019. Tujuan kelas ini diadakan adalah kerana untuk memberi pendedahan kepada beliau untuk tentang kemahiran keusahawanan seperti memasarkan produk ke dalam talian, mencipta page facebook , instagram dan sebagainya.

Aktiviti

Kelas keusahawanan dimulakan dengan sedikit penerangan mengenai kelas untuk peniaga/usahawan dari pengurus Pusat Internet Bertam. Kelas diteruskan dengan meminta puan Rokiah untuk mencipta satu email khas untuk perniagaannya. Sesi seterusnya, pengurus meminta Pn Rokiah untuk mencipta satu page facebook khas untuk mengiklankan produknya kepada umum. Seterusnya, Pn Rokiah diajar untuk memuat naik gambar produknya daripada facebook ke dekstop pc untuk dimuatnaik ke dalam pages myshop dashboard komuniti. Pada sesi sebelah petang, Pn Rokiah diajar cara untuk membuat pengumuman di Dashboard Komuniti. Selain   itu, Pn Rokiah dikehendaki memasukan gambar produk kedalam myshop DK. Akhir sekali Pn Rokiah juga diajar untuk memuat naik kedainya ke dalam myplace DK.

Gambar Aktiviti