Tarikh : 14 Mac 2019 (Khamis)
Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
Tempat : Pusat Internet Bertam 
Peserta  : 10 Orang ( Tadika Sri Seroja)

 

 

Tujuan

Kelas bersama pelajar tabika Sri Seroja disertai oleh 10 orang pelajar bagi kumpulan pertama. Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai komponen komputer kepada pelajar dan membiasakan diri mereka dengan penggunaan komputer.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan pengenalan mengenai komponen komputer kepada pelajar dimana pengurus menunjukkan gambar setiap komponen komputer yang ada beserta nama dan meminta untuk pelajar menunjukkan serta menyebut nama komponen berkenaan. Seterusnya, petugas menunjukkan cara-cara betul untuk membuka komputer dan seterusnya petugas meminta pelajar untuk membuka komputer mengikut apa yang diajar. Setelah pelajar berjaya menghidupkan komputer petugas meminta pelajar untuk menaip abjab dari A hingga Z, menaip nombor 1-10 dan juga menaip nama penuh mereka.

Gambar Aktiviti