Tarikh  : 19 Mac 2019 (Selasa)
Masa   : 10:00 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Pdk Bertam Baru
Peserta  : 12 orang (Pelatih Pdk Bertam)

 

Tujuan

Kelas bersama pelatih pusat pemulihan dalam komuniti Bertam bertujuan untuk bersama-sama mereka membuat origami kipas dan juga mengulangkaji ABC dengan menyambung titik pada setiap huruf. Aktiviti kali ini disertai oleh 12 orang pelatih PDK Bertam.

Aktiviti

Aktiviti pertama petugas memberitahu tujuan aktiviti pada hari tersebut. Pengurus dibantu oleh petugas dan penyelia PDK Bertam menunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk membuat origami kipas. Kemudian pelatih diberi sehelai kertas dan meminta mereka untuk membuat sendiri kipas mengikut apa yang telah diajar. Aktiviti seterusnya, petugas meminta setiap pelatih pdk untuk menyambung titik pada huruf A hingga Z bagi membantu mereka untuk lebih ingat dan kenal setiap huruf.

Gambar Aktiviti